HENTIAN GLOTIS DALAM KATA TANYA DIALEK ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN

  • Suhaimi M
  • Zakaria M
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Abstract: The Jakun tribe is one of the Orang Asli tribes in Malaysia. The Orang Asli community, especially the Jakun people, have their own dialect. The dialect spoken by them is indeed different from other dialects and even differences in pronunciation are detected among themselves who come from the same race in different places. Although the difference is not very significant, but it is enough to cause confusion and annoyance between them. Therefore, this study aims to identify and analyze the differences in the pronunciation of glottal stops in the question words of the Jakun dialect in Kampung Sentosa, Lenga and Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. This study applies qualitative methods that involve several research instruments such as interview methods, observation methods and library methods. The snowball sampling method and the respondent acquisition i.e. NORMs were used in this study to obtain respondents who coincided with the desired characteristics. The findings of the study showed that eight (8) question words were listed to see the differences in glottal stop pronunciation between Kampung Sentosa, Lenga and Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. As a result, the aspect of length has been identified distinguishing the way of pronunciation of glottal stops between the two villages and it is elaborated in the findings section of the study. Keywords: Jakun Tribe; Dialect; Glottal Stops; Question Words; Aspect of Length Abstrak: Suku kaum Jakun merupakan salah satu suku kaum Orang Asli di Malaysia. Masyarakat Orang Asli khususnya kaum Jakun ini mempunyai dialeknya yang tersendiri. Dialek yang dituturkan oleh mereka ini sememangnya mempunyai perbezaan dengan dialek yang lain malah perbezaan cara sebutan juga turut dikesan dalam kalangan mereka sendiri yang datang dari kaum yang sama di penempatan yang berbeza. Walaupun perbezaan tersebut tidak terlalu ketara, namun perkara tersebut sudah cukup untuk menimbulkan kekeliruan dan kegusaran antara mereka. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis perbezaan sebutan hentian glotis dalam kata tanya dialek suku kaum Jakun di Kampung Sentosa, Lenga dan Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang melibatkan beberapa instrumen kajian seperti kaedah temu bual, kaedah pemerhatian dan kaedah kepustakaan. Kaedah persampelan bola salji dan pendekatan pemerolehan responden, iaitu NORMs turut digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan responden kajian yang bertepatan dengan ciri yang dikehendaki. Dapatan kajian telah menunjukkan sebanyak lapan (8) kata tanya telah disenaraikan bagi melihat perbezaan sebutan hentian glotis antara Kampung Sentosa, Lenga dan Kampung Bukit Panjang, Bukit Kepong. Hasilnya, aspek kepanjangan telah dikenal pasti membezakan cara sebutan hentian glotis antara kedua-dua kampung dan perkara tersebut dihuraikan dengan lebih terperinci dalam bahagian dapatan kajian. Kata kunci: Kaum Jakun; dialek; hentian glotis; kata tanya; kepanjangan

Cite

CITATION STYLE

APA

Suhaimi, M. S., & Zakaria, M. F. A. (2022). HENTIAN GLOTIS DALAM KATA TANYA DIALEK ORANG ASLI SUKU KAUM JAKUN. Asian People Journal (APJ), 5(2), 41–49. https://doi.org/10.37231/apj.2022.5.2.388

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free