Peranan Leksis dalam Mengukuhkan Pemahaman Konsep Awal Matematik

  • Sarudin A
  • Ismail S
  • Yusof A
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
25Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti penguasaan konsep awal Matematik dalam kalangan guru prasekolah dan menghuraikan peranan leksis sebagai pengukuhan pemahaman konsep awal Matematik berdasarkan Teori Prosodi Semantik. Sebagai tumpuan dan fokus kajian, penyelidik menganalisis terminologi dan kemahiran prosedur bagi topik padan, kumpul asing, dan banding. Kajian ini melibatkan 8 orang guru sebagai responden dengan melibatkan 4 lokasi kajian terpilih, iaitu Pusat PERMATA Anak Negara Besout 1, Pusat PERMATA Anak Negara Teluk Intan, Pusat PERMATA Anak Negara Bercham dan Pusat PERMATA Anak Negara Sg. Siput. Hasil kajian mendapati bahawa PdPc guru yang bertindak sebagai fasilitator sentiasa menyediakan peluang untuk kanak-kanak menjelaskan, mempertahankan, membuat kesimpulan, meramalkan, dan menyesuaikan cara mereka mengetahui konsep awal Matematik berkaitan topik padan, kumpul, asing dan banding. Bagi memantapkan pengajaran awal Matematik menggunakan kaedah bahasa, kajian ini mengetengahkan pendekatan korpus yang menyediakan kolokasi kata yang jelas berkaitan konsep padan, kumpul, asing dan banding serta membina Kit Leksikal awal Matematik yang dapat membantu pedagogi guru-guru PERMATA Anak Negara berteraskan kaedah Prosodi Semantik. Impaknya instrumen ini dapat membantu guru-guru PERMATA Anak Negara memahamkan kanak-kanak berkaitan konsep awal Matematik dengan lebih jelas.

Cite

CITATION STYLE

APA

Sarudin, A., Ismail, S., Yusof, A., Mohamaed Redzwan, H. F., Osman, Z., & Hermandra, H. (2022). Peranan Leksis dalam Mengukuhkan Pemahaman Konsep Awal Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(9), e001770. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i9.1770

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free