Kompetensi dan Kekangan Guru Novis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah

  • Thambu N
N/ACitations
Citations of this article
54Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menjadi intipati untuk melahirkan individu murid yang mempunyai penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral. Dalam hubungan ini, guru novis juga menjadi faktor penting yang menterjemahkan kandungan kurikulum Pendidikan Moral untuk difahami dan dipelajari oleh murid. Guru-guru novis juga tidak terlepas daripada tanggunjawab untuk melahirkan setiap murid menjadi insan bermoral. Justeru, kajian ini dijalankan terhadap guru-guru novis yang mengajar subjek Pendidikan Moral KSSM di sekolah menengah harian kerajaan bersama-sama murid mereka. Seramai 18 orang peserta kajian yang terdiri daripada guru-guru novis yang mengajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 terlibat dalam kajian yang dilaksanakan secara kualitatif. Guru yang menjadi peserta kajian ialah mereka yang berkhidmat kurang daripada 5 tahun. Data dikumpul melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan catatan jurnal. Data yang dikumpul daripada ketiga-tiga kaedah ini dianalisis dengan menggunakan teknik analisis tema. Hasil kajian menunjukkan guru-guru novis masih kurang kompeten dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah. Mereka masih bergelumang dalam pelbagai masalah yang melibatkan sikap diri sendiri, pengetahuan kandungan pedagogi, strategi pengajaran, permasalahan yang melibatkan murid dan persekitaran sekolah yang kurang kondusif.

Cite

CITATION STYLE

APA

Thambu, N. (2024). Kompetensi dan Kekangan Guru Novis Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral di Sekolah Menengah. Asian Pendidikan, (4), 23–34. https://doi.org/10.53797/aspen.v4i1.3.2024

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free