Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di Malaysia

  • Wan Hassan W
  • Abdullah N
  • Muslim N
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
52Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

The usage of electronic cigarette (e-cigarette) and shisha has been expanding rapidly especially among young Malaysians, as if they are unstoppable and their usages are regarded as pleasure. This brings the question whether Malaysian community realize on the prohibitions of hazardous elements in their lives as outlined in Islam as clearly stated by the authorities in their Islamic legal rulings / law (fatwa). There are several fatwas produced to ensure the health and safety of the people are intact. Therefore the fatwa institutions from the federal as well as states play significant role in ensuring a harmonious and religious lives among citizens are upheld. Therefore, there is a need for studies on fatwa on e-cigarette and shisha need to be holistically researched, as they are produced with great intentions. The fatwa must also in line with al-Quran and al-Sunnah as well as relevant with their aims and wisdoms which are known as “maqasid syariah”. In this article, the writers investigate the requirements of maqasid syariah in the development of fatwas among Majlis Fatwa Kebangsaan and a few other states’ fatwa institutions relating to e-cigarette and shisha usages from the period of 2010 to 2015. The writers found out that all of the fatwas produced, have included the opinions and rulings of maqasid syariah to uphold and enforce not only on religious perspectives, but also for the sake of lives, minds, dignities and possessions of Muslims.Keywords: Maqasid Syariah, Fatwa, electronic cigarette, shisha, Malaysia ABSTRAK: Penggunaan rokok elektronik dan shisha telah menular dalam masyarakat Malaysia terutamanya anak muda pada masa kini. Ia seolah-olah tidak mampu dibendung sehingga penggunaannya dianggap sebagai suatu keseronokan dan kebanggaan bagi kehidupan mereka. Namun adakah masyarakat Malaysia sedar bahawa syariat Islam mempunyai garis panduan yang sebenar bagi mereka mengenai kepenggunaan bahan-bahan yang boleh memberi kemudaratan kepada mereka. Oleh itu permasalahan tersebut perlu diselesaikan melalui penjelasan hukum dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak yang berautoriti. Terdapat banyak fatwa untuk menyelesaikan isu tersebut sebagai suatu penjelasan hukum kepada masyarakat dengan harapan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat akan terus terpelihara. Oleh yang demikian, institusi fatwa sama ada di peringkat persekutuan atau negeri memainkan peranan yang amat signifikan bagi memastikan amalan hidup secara beragama dan sihat dapat direalisasikan sepenuhnya. Kajian secara menyeluruh terhadap fatwa yang sedia ada bagi penggunaan rokok elektronik dan shisha perlu diambil perhatian bagi memastikan matlamat penjelasan dan pengamalan tercapai. Fatwa yang dikeluarkan oleh mufti dan jawatankuasa fatwa tidak akan diputuskan tanpa tujuan, matlamat dan keperluan. Ia perlu selari dengan hukum syarak yang ditetapkan oleh Allah melalui al-Quran dan al-Sunnah sekali gus perlu menepati matlamat dan hikmahnya yang lebih dikenali sebagai “maqasid syariah”. Dalam artikel ini, penulis hanya melihat sejauh mana keperluan maqasid syariah diambil perhatian dan pertimbangan wajar dalam penentuan sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan institusi fatwa di beberapa buah negeri dalam isu yang berkaitan penggunaan rokok elektronik dan shisha dari tahun 2010 hingga 2015. Penulis mendapati, kesemua fatwa yang telah diputuskan mengambil kira pengaplikasian maqasid syariah demi untuk menjaga dan mengukuhkan lagi bukan sahaja berkaitan agama, bahkan ia juga melibatkan nyawa, akal, maruah dan harta benda masyarakat Islam.Kata kunci: Maqasid Syariah, Fatwa, rokok elektronik, shisha, Malaysia,

Cite

CITATION STYLE

APA

Wan Hassan, W. Z., Abdullah, N., Muslim, N., & Alias, J. (2018). Aplikasi Maqasid Syariah Dalam Fatwa Berkaitan Penggunaan Rokok Elektronik Dan Shisha Di Malaysia. Sains Insani, 3(1), 18–26. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no1.20

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free