Fungsi dan Simbol dalam Mantera Mengikut Konteks Budaya Melayu

  • Mohamad Hanapi M
  • Zakaria N
  • Ali A
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Objektif makalah ini ialah pertama mengenal pasti fungsi mantera dalam masyarakat Melayu dan kedua mengenal pasti penggunaan simbol dalam mantera. Mantera mempunyai unsur simbolisme yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasanya. Ia penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu untuk menjadi lebih sempurna dalam kehidupan mereka dan kehidupan bermasyarakat. Kajian ini bertitik tolak daripada teori semiotik Peirce yang mengemukakan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan simbol. Dalam makalah ini, prinsip simbol akan digunakan untuk melihat pemilihan kata-kata dalam mantera sebagai cerminan lambang akal budi orang Melayu. Teori semiotik ini tidak akan dilihat sebagai dunia yang autonomous tetapi akan dihubungkan dengan konteks atau budaya masyarakat yang melahirkan mantera. Justeru keindahan kata-kata dalam mantera bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Mantera juga dapat menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohamad Hanapi, M. H., Zakaria, N., & Ali, A. H. (2017). Fungsi dan Simbol dalam Mantera Mengikut Konteks Budaya Melayu. EDUCATUM Journal of Social Sciences, 3(1), 21–29. https://doi.org/10.37134/ejoss.vol3.1.3.2017

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free