Tinjauan Faktor Kritikal Kejayaan Penglibatan Syarikat Perniagaan dalam Industri Sukan di Malaysia

  • Zid A
  • Ab Aziz M
  • Wahab S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Industri sukan merupakan satu industri komersial yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan mula berkembang di Malaysia. Penglibatan syarikat-syarikat perniagaan dalam industri sukan akan menjadi pemangkin transformasi ekonomi negara berpendapatan tinggi di masa hadapan. Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor kritikal kejayaan penglibatan syarikat perniagaan dalam industri sukan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan 32 buah syarikat perniagaan yang dipilih secara persampelan rawak. Instrumen faktor kritikal kejayaan (critical success factor) digunakan dalam kajian ini dan data dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil dapatan menunjukkan faktor kritikal kejayaan dari aspek Organisasi adalah di tahap tinggi dan positif dengan skor M=4.03. Diikuti faktor Perundangan M=3.94, faktor Sikap M=3.88, faktor Komunikasi M=3.75 dan faktor Politik M=3.69. Manakala faktor kritikal kejayaan dari aspek Situasi dan Ekonomi di tahap sederhana dan juga positif dengan skor M=3.66 dan M=3.31. Hasil kajian ini dijangka mampu membantu pihak kerajaan dalam mengatur perancangan dan strategi bagi memastikan industri sukan menjadi antara penyumbang utama ekonomi negara.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zid, A., Ab Aziz, M. N. A. A., Wahab, S. A., Hashim, M., Samat, H. A., Rajli, M. A., … Usop, M. Y. (2022). Tinjauan Faktor Kritikal Kejayaan Penglibatan Syarikat Perniagaan dalam Industri Sukan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(11), e001907. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i11.1907

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free