Tahap Kompetensi Jurulatih Sukan dalam Melaksanakan Latihan

  • Md Desa A
  • Salamuddin N
N/ACitations
Citations of this article
35Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi jurulatih sukan dalam kalangan guru melaksanakan latihan di sekolah sekitar Putrajaya. Jurulatih sukan yang berkompeten dalam kalangan guru dapat memberi faedah kepada kepada atlet yang dilatih bermula di peringkat sekolah. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik Skala Kompetensi Kejurulatihan (CCS). Kajian ini melibatkan 34 orang jurulatih sukan dalam kalangan guru di sekitar Putrajaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi jurulatih sukan dalam kalangan guru adalah tinggi iaitu MC (min=5.46, S.P=0.90), GSC (min=5.16, S.P=1.07), TC (min=5.34, S.P=1.12) dan CBC (min=5.73, S.P0.88=). Majoriti jurulatih sukan dalam kalangan guru di sekitar Putrajaya menunjukkan tahap kompetensi yang tinggi dalam kesemua empat dimensi kompetensi jurulatih sukan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Md Desa, A., & Salamuddin, N. (2022). Tahap Kompetensi Jurulatih Sukan dalam Melaksanakan Latihan. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), e001358. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i3.1358

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free