Pencapaian Maqasid Syariah melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah MS1900: Kajian kes di Pusat Zakat Melaka

  • Siti Arni Basir
  • Hasan Al-Banna Mohamed
  • Muhammad Firdaus Zakaria
N/ACitations
Citations of this article
32Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900 dilaksanakan di pelbagai sektor di Malaysia termasuklah sektor perkhidmatan awam, korporat, perkilangan,  perhotelan, penjagaan kesihatan, pengajian tinggi, agensi pentadbiran Islam dan pusat zakat. Objektif penyelidikan  ini adalah untuk mengkaji pencapaian Maqasid Syariah melalui pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900. Institusi yang dipilih untuk kajian ini ialah Pusat Zakat Melaka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan melibatkan informan yang terdiri daripada pihak pengurusan dan para pegawai yang terlibat dengan pelaksanaan MS 1900. Hasil kajian menunjukkan pelaksanaan MS 1900 telah membantu pencapaian Maqasid Syariah iaitu memelihara kepentingan masyarakat melalui pemeliharaan iman, nyawa, akal, keturunan dan harta. Hasil  kajian ini telah  menyumbang kepada pembangunan ilmu berkenaan dengan pelaksanaan Sistem Kualiti Berasaskan Syariah  dalam membantu pencapaian Maqasid Syariah di Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Siti Arni Basir, Hasan Al-Banna Mohamed, & Muhammad Firdaus Zakaria. (2021). Pencapaian Maqasid Syariah melalui pelaksanaan sistem pengurusan kualiti berasaskan Syariah MS1900: Kajian kes di Pusat Zakat Melaka. The Journal of Muamalat and Islamic Finance Research, 40–58. https://doi.org/10.33102/jmifr.v18i2.380

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free