Abstract
Tanah dan ruang adalah satu perkara yang amat penting bagi perkembangan ekonomi, kesejahteraan masyarakat dan kestabilan sesebuah negara. Dengan adanya tanah, pelbagai projek mega dapat dirancang dan dilaksanakan sehingga akhirnya ia akan memberi pulangan lumayan yang dapat menjana ekonomi negara tersebut. Ia juga diperlukan untuk membina dan menaik taraf infrastruktur utama negara bagi mengekalkan daya saingnya di peringkat serantau mahupun antarabangsa. Keterbatasan tanah di sesebuah negara sangat memberi impak negatif dalam mentadbir hal ehwal negara dan mengembangkan ekonominya. Banyak perancangan gagal dilaksanakan kerana ketiadaan tanah dan ruang. Contohnya Singapura, di mana keluasan tanahnya amat terbatas sehingga pemerintah memperkenalkan dasar penjimatan tanah untuk memberi laluan kepada projek-projek yang mempunyai nilai pulangan tinggi dengan meruntuhkan bangunan-bangunan lama yang tidak memiliki nilai sejarah. Bahkan, bangunan yang memiliki nilai sejarah juga tidak terlepas daripada proses penjimatan ini. Dasar ini juga menuntut bangunan yang tidak mempunyai nilai komersial agar dikecilkan ruangnya atau disatukan dengan bangunan lain seperti rumah ibadat. Terdapat saranan untuk menyatukan rumah-rumah ibadat dalam sebuah bangunan bertingkat. Syariat Islam mengiktiraf kepentingan tanah dalam kehidupan manusia dan telah melakarkan undang-undang tanah dengan teliti dan fleksibel seperti ihya’ mawat, wakaf dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah keharusan saranan untuk menggabungkan masjid dengan rumah-rumah ibadat lain dengan mengambil kira maslahat masyarakat Islam dan negara. Penulis menggunakan metode induktif dan deduktif dalam mengumpulkan pandangan para fuqaha dan menganalisisnya. Kajian ini telah menghasilkan beberapa natijah, antaranya adalah harus meletakkan masjid dalam sebuah bangunan bertingkat dengan syarat-syarat tertentu.Land and space are important assets that are required for economic development, the well-being of a society and the stability of a country. The existence of land allows for various mega projects to be planned and implemented, which in turn generate lucrative income that will contribute to the revenue of a country. Further, land and space are needed for the construction and improvement of the country's key infrastructure, in order to maintain its competitiveness at both regional and international levels. Conversely, limited sources of land in a country will have a negative impact on the administration of state affairs and economic expansion. Singapore is one such manifestation; its limited land area has led the government to introduce a land-saving policy, whereby projects with high returns are awarded by tearing down old buildings that either have or do not have any historical value. This policy also requires buildings that have no commercial value to be reduced in space or combined with other venues such as other places of worship. There is also a suggestion to unite different places of worship in a multi-storey building. Islamic law recognizes the importance of land in human life and has prescribed legal principles to effectively regulate the use of land, such as ihsan and waqf. This paper aims to examine the viability of integrating mosques with other places of worship. It employs the inductive and deductive methods in collecting and analysing the views of the fuqaha. The findings of this study, among others, show that it is permissible to place a mosque in a multi-storey building, subject to certain conditions being put in place.
Cite
CITATION STYLE
Ahmad Al Jafari, S. M. A. T., & Ahmad Al Jafari, S. N. N. (2019). CABARAN PEMBANGUNAN MASJID PADA MASA HADAPAN DI SINGAPURA: SUDUT PANDANG FIKH. Malaysian Journal of Syariah and Law, 7(2), 1–12. https://doi.org/10.33102/mjsl.vol7no2.162
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.