Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

  • Mohd. Hamzah M
  • Attan N
N/ACitations
Citations of this article
320Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru dari aspek pengetahuan dan sikap terhadap penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi pengajaran dan pembelajaran sains di dalam bilik darjah. Satu set soal selidik yang terdiri daripada tiga bahagian digunakan sebagai instrumen kajian. Sampel kajian terdiri daripada 223 orang guru yang mengajar sains di 22 buah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terdapat di Daerah Hulu Langat, Selangor. Data yang diperolehi telah dijalankan penganalisisan dengan bantuan perisian komputer melalui program SPSS Version 7.5. Statistik yang digunakan ialah statistik deskriptif yang melibatkan frekuensi, skor min dan peratusan, manakala statistik inferensi melibatkan ujian–t pada tahap kesignifikanan p < 0.05. Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan guru dari semua aspek yang dikaji. Secara keseluruhannya tahap kesediaan penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer bagi guru–guru sains ini adalah sederhana. Tahap kesediaan dari aspek pengetahuan dan sikap pula, didapati tiada perbezaan yang signifikan di antara guru dari kumpulan perkhidmatan siswazah dan bukan siswazah. Kata kunci: Tahap kesediaan guru, teknologi maklumat, proses pengajaran dan pembelajaran, sains, pengetahuan dan minat guru The main purpose of this study is to investigate the level of teachers’ preparedness on the use of computer based information technology in the teaching and learning of science in the classroom with regards to knowledge and attitude. A set of questionnaires which contains three major parts, was used as the research instrument. A sample of 223 science teachers from 22 national secondary schools in the district of Hulu Langat, Selangor were the respondents. Data obtained was analysed using SPSS 7.5. The statistics used in this study were descriptive statistics that is frequency, mean score and percentage whereas for the inferential statistic, a t–test with the significance of p < 0.05 were used. The analysis showed that the science teachers’ preparedness from the aspect of knowledge and attitude is average. The findings also indicated that gender does not play a role in influencing teachers’ preparedness from all the aspects mentioned above. Results from this study show that teachersí qualification do not influence science teachersí preparedness level in the aspect of knowledge and attitude. Key words: Teacher preparedness, information technology, teaching and learning process, science, teachers knowledge and attitude

Cite

CITATION STYLE

APA

Mohd. Hamzah, Mohd. I., & Attan, N. (2012). Tahap Kesediaan Guru Sains Dalam Penggunaan Teknologi Maklumat Berasaskan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v46.307

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free