Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia

  • Rahman A
  • Abd Shakor M
N/ACitations
Citations of this article
6Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Islam mengiktiraf peranan amil sebagai penghubung di antara pembayar zakat dengan asnaf. Walaupun kedudukan amil hanya tertumpu dalam aspek pengurusan zakat, namun peranan mereka mampu menjelmakan hikmah zakat terutama dalam menghapuskan kemiskinan. Jika dahulu, tugas amil hanya mengutip dan mengagihkan zakat sahaja, sebaliknya kini kemajuan sistem tadbir urus zakat telah menuntut penglibatan amil dalam pentadbiran harta zakat yang lebih kompleks dan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, tafsiran amil perlu diperluas seiring dengan situasi dan perkembangan berdasarkan tugasan mereka dalam mengendalikan pengurusan zakat. Justeru itu, kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis tafsiran amil menurut ulama 4 Mazhab, tafsiran kontemporari dan perluasan tafsirannya menurut Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah dokumentasi, pemerhatian dan analisis dalam mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pentafsiran amil dalam konteks semasa boleh diperluaskan seperti individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hal ehwal pungutan, pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat. Diharapkan artikel ini dapat menjadi panduan kepada  pihak  pengurusan  zakat  khususnya  Majlis Agama  Islam  di setiap negeri di Malaysia dalam mentadbir dan menguruskan sistem pengurusan zakat secara sistematik dan efisen.

Cite

CITATION STYLE

APA

Rahman, A. A., & Abd Shakor, M. F. (2024). Tafsiran Amil Menurut Islam dan Negeri-Negeri Di Malaysia. Journal of Fatwa Management and Research, 29(1), 153–166. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol29no1.576

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free