Profesionalisme Mufti Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri: Analisis Terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Pahang Dan Terengganu

  • Rosidi M
  • Mokhtar A
  • Abdul Majid M
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pelantikan mufti dan ahli-ahli jawatankuasa fatwa negeri perlu dibuat berdasarkan Profesionalisme yang perlu ada pada jawatan tersebut untuk menghasilkan penyelidikan fatwa yang bermutu, kompeten dan diyakini. Jesteru kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti profesionalisme Mufti dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri seterusnya melakukan analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa sedia ada.  Kaedah penyelidikan kualitatif melalui reka bentuk kajian analisis komparatif digunakan. Data yang dikumpul daripada surat rasmi, temubual, buku, artikel dalam jurnal, prosiding dan disertasi dianalisis secara deskriptif. Sementara itu, Jawatankuasa Fatwa negeri Perlis, Terengganu dan Pahang pula dipilih untuk dianalisis. Hasil kajian menunjukkan 3 kriteria utama pemilihan mufti untuk memperkasakan Profesionalisme Jawatan Mufti iaitu berpendidikan tinggi, berkelulusan syariah dan berlatar belakang sebagai ahli akademik. Hasil analisis terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mendapati kebanyakan ahli memenuhi kriteria ini manakala bagi Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Pahang masih berada di tahap yang sederhana. Kajian lanjut perlu dijalankan terhadap organisasi jawatankuasa negeri-negeri lain untuk memastikan tahap profesionalisme jawatan ini terus diperkasakan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Rosidi, M. H., Mokhtar, A. W., & Abdul Majid, M. N. (2021). Profesionalisme Mufti Dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri: Analisis Terhadap Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Pahang Dan Terengganu. Journal of Fatwa Management and Research, 71–98. https://doi.org/10.33102/jfatwa.vol26no1.383

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free