Penjanaan sisa pepejal di Malaysia semakin meningkat selari dengan pertambahan penduduk pada masa kini. Kepesatan pembangunan telah menghasilkan pelbagai masalah alam sekitar seperti kapasiti sisa di tapak pelupusan yang semakin kritikal yang menyebabkan tempoh jangka hayatnya tidak mampu menampung peningkatan penjanaan sisa semasa. Pendekatan pengurusan sisa bersepadu perlu dilaksanakan dengan mengambil kira aspek penglibatan masyarakat dalam mengurangkan sisa dari punca. Rentetan itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi isirumah berkaitan aspek pengurusan sisa, pengetahuan dan amalan terhadap kitar semula, dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sisa di tiga daerah di Negeri Sembilan. Kaedah kajian secara survei dengan menggunakan borang soal selidik telah dilakukan. Sejumlah 2686 responden dipilih dalam kalangan ketua isirumah dan persampelan kajian dilakukan secara rawak mudah. Hasil kajian menunjukkan pengetahuan masyarakat terhadap konsep kitar semula dan pengasingan barangan kitar semula secara relatif adalah tinggi. Walau bagaimanapun, tahap pendedahan program dan kesampaian pengetahuan tentang kitar semula daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam adalah sangat rendah. Seterusnya, amalan kitar semula perlu diperkasakan dan penglibatan semua pihak secara bersepadu. Kejayaan sesuatu program kitar semula dan pengurusan sisa pepejal sukar dicapai, walaupun pengetahuan
CITATION STYLE
Sakawi, Z., Ayup, S., & Sukimi, M. F. (2017). Pengetahuan komuniti dan amalan pengurusan sisa pepejal di Negeri Sembilan. Malaysian Journal of Society and Space, 13(4), 126–137. https://doi.org/10.17576/geo-2017-1304-12
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.