KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH

  • Shafie M
  • Haji Othman M
N/ACitations
Citations of this article
210Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor  kefahaman pelajar serta sikap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0  dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97  adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi. Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak  yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.

Cite

CITATION STYLE

APA

Shafie, M. K., & Haji Othman, M. K. B. (2016). KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH. Proceedings of The ICECRS, 1(1). https://doi.org/10.21070/picecrs.v1i1.540

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free