TikTok merupakan salah satu aplikasi media sosial yang sangat popular terutama dalam kalangan remaja. Mereka menggemarinya kerana boleh menonton video- video pendek berunsur humor untuk melegakan tekanan perasaan, apatah dan aplikasi ini mesra pengguna.Walaubagaimanapun, persepsi negatif masyarakat di Malaysia yang beranggapan bahawa aplikasi ini membawa banyak kesan buruk, telah menghalang mereka untuk melihat aplikasi ini daripada sudut positif. Kajian ini bertujuan memberikan garis panduan daripada sudut syarak tentang bagaimana untuk menggunakannya dengan betul. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif dengan pengumpulan data melalui kajian perpustakaan. Data dikumpul dan dianalisis daripada artikel, jurnal, kitab- kitab fiqh yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini mendapati bahawa banyak sudut positif yang boleh daripada aplikasi TikTok ini dengan syarat ia tidak melanggar hukum syarak seperti membuat video tarian yang mendedahkan aurat, menghina fizikal seseorang dan sebagainya. Selain itu, beberapa garis panduan perlu dipatuhi oleh penyedia kandungan video TikTok serta pengguna media sosial bagi memastikan penggunaannya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Kajian ini diharapkan dapat membuka kepada perbincangan yang lebih teliti dalam kalangan ahli akademik terutama sarjana Islam berkenaan isu syarak yang wujud dalam aplikasi TikTok seterusnya (memberikan) kefahaman dan membetulkan persepsi yang salah masyarakat.
CITATION STYLE
Ghazali, M. F., & Adnan, M. F. (2023). GARIS PANDUAN PENGGUNAAN APLIKASI TIKTOK: SATU ANALISIS FIQH. International Journal of Islam and Contemporary Affairs, 2(1). https://doi.org/10.61465/jurnalyadim.v2.76
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.