Abstract
Abstrak: Batu kapur Bukit Biwah dan Taat yang terletak di Tasik Kenyir, Terengganu mewakili unit batu kapur yang terbentuk di zaman Perm. Komposisi batu kapur ini terdiri daripada batu lumpur, batu wak dan batu padat dengan sedikit batu butir. Butiran utama terdiri daripada kerangka organisma laut cetek (algae, foraminifera, bryozoa, fusulinid, brakiopod, bivalvia, gastropod dan karang). Sebahagian lagi daripada butiran dibentuk oleh bahan-bahan peloid. Batuan ini telah melalui beberapa tahap proses diagenesis yang melibatkan penyimenan semasa sedimen berada di dasar laut dan juga penyimenan yang telah berlaku selepas batuan tertimbus dalam. Di samping itu pendolomitan juga sangat lazim namun ianya tidak membentuk isipadu yang besar di dalam batuan. Kehadiran stilolit minor dan beramplitud rendah dan lipit perlarutan menunjukkan bahawa batuan tersebut tidak mengalami tekanan dan tegasan yang kuat.
Cite
CITATION STYLE
Ali, C. A., Leman, Mohd. S., & Mohamed, K. R. (2006). Fasies karbonat dan diagenesis di dalam batu kapur Bukit Biwah dan Bukit Taat, Kenyir, Ulu Terengganu. Bulletin of the Geological Society of Malaysia, 49, 61–66. https://doi.org/10.7186/bgsm49200611
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.