Kesan Persepsi Sosial, Ekonomi, Persekitaran Terhadap Kualiti Hidup Komuniti Di Acara Sukan Triathlon, Perak 2022

  • Zid A
  • Abd Latif R
  • Wahab S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
12Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penganjuran acara sukan utama sering memberi kesan kepada pembangunan masyarakat secara lestari, khususnya perhubungan sosial, ekonomi dan persekitaran (SEP). Kejayaan penganjuran ini sangat bergantung pada komuniti setempat negara yang menyedari faedah diperoleh apabila mengadakan acara tersebut dengan kehadiran penonton dan peminat dari dalam dan luar negara. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) terhadap kualiti hidup (QoL) komuniti yang memberi sokongan terhadap penganjuran sukan Perak Triathlon 2022 di Marina Island, Lumut Perak. Data dari instrumen Satisfaction with Life Scale (SWLS) dan Impact Perception of Social, Economic and Environment dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Kesan persepsi sosial menunjukkan skor min paling tinggi dengan M=3.93 (SD=0.901). Ini diikuti kesan persepsi ekonomi M=3.58 (SD=0.998) dan kesan persepsi persekitaran M=3.51( SD=0.953). Hasil dapatan hubungan antara kesan persepsi sosial, ekonomi, persekitaran (SEP) dan kualiti hidup (QoL) komuniti menunjukkan hubungan yang negatif dan lemah (r=-1.113, p >.05). Hasil kajian ini dijangka memberi manfaat kepada pihak penganjur untuk memastikan komuniti mendapat pelbagai faedah dari penganjuran yang diadakan terutama dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zid, A., Abd Latif, R., Wahab, S. A., Mohd Nor, M., Shaari, J. S., & Abu Hassan Asari, F. F. (2023). Kesan Persepsi Sosial, Ekonomi, Persekitaran Terhadap Kualiti Hidup Komuniti Di Acara Sukan Triathlon, Perak 2022. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(1), e002057. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i1.2057

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free