Pelaksanaan Komunikasi Strategik Daripada Sudut Pandang Pengurusan Komunikasi Organisasi

  • Zainal Abidin M
N/ACitations
Citations of this article
28Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Komunikasi strategik sering diertikan sebagai komunikasi bertujuan yang digunakan bagi mencapai tujuan dan matlamat yang dispesifik. Ini selari dengan keupayaannya mewujudkan komunikasi secara berkesan yang selari dengan tujuan dan matlamat penggunaannya. Situasi ini menjadikan komunikasi strategik begitu sinonim digunakan oleh organisasi bagi capaian misi dan matlamat. Bagi mendalami penggunaannya, artikel ini akan membincangkan komunikasi strategik daripada sudut definisi dan pelaksanaannya dalam konteks organisasi. Hal ini meliputi penjelasan berkaitan apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi strategik dan bagaimanakah komunikasi strategik ini dilaksanakan terutama daripada sudut pandang organisasi. Perbincangan ini adalah berpandukan kepada pandangan sarjana dan dapatan kajian lepas terutamanya dalam bidang penyelidikan komunikasi strategik. Dapat dirumuskan bahawa komunikasi strategik sebagai amalan komunikasi bertujuan yang dilaksanakan secara terancang dan sistematik dengan menekankan pemilihan pendekatan komunikasi yang bersesuaian serta menerapkan kelancaran menerusi tiga fasa iaitu perancangan, pelaksanaan dan penilaian oleh organisasi. Ini menjadikan amalan komunikasi strategik begitu efektif dilaksanakan dalam membantu organisasi mencapai sesuatu tujuan dan matlamat yang spesifik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zainal Abidin, M. Z. (2022). Pelaksanaan Komunikasi Strategik Daripada Sudut Pandang Pengurusan Komunikasi Organisasi. Forum Komunikasi, 17(1), 52–69. https://doi.org/10.24191/fk.v17i1.2022_03

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free