ISU PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) DAN HAK AUTONOMI SABAH DAN SARAWAK DALAM KONTEKS SEJARAH DAN PRU-14

  • Tang Abdullah A
  • Haji Mulia P
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Hak autonomi Sabah dan Sarawak sememangnya merupakan isu politik utama yang telah lama disuarakan oleh politikus dari kedua-dua negeri ini dalam Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Negeri. Isu hak autonomi ini sering ditafsirkan sebagai satu gambaran yang menunjukkan bahawa dua negeri tersebut mempunyai kedudukan yang lebih tinggi dari negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia, sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Isu ini digunakan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung dengan situasi di kedua-dua negeri tersebut yang masih jauh ketinggalan dari aspek pembangunan berbanding dengan negeri-negeri di Semenanjung. Hal ini ditambah lagi dengan dakwaan bahawa sebahagian besar sumber dan pendapatan kedua-dua negeri tersebut tidak dapat dinikmati oleh mereka. Malahan, sudut pandang ini seterusnya telah didasarkan kepada dakwaan pelanggaran terhadap MA63 sebagaimana yang terdapat dalam manifesto dan kenyataan politik dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Justeru, Pakatan Harapan (PH) telah mengisytiharkan untuk mengembalikan status Sabah dan Sarawak berteraskan MA63. Parti Warisan Sabah pula mengisytiharkan bahawa mereka menuntut hak-hak dari Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan MA63. Oleh hal yang demikian, artikel ini bertujuan membincangkan sejauh manakah persoalan hak Sabah dan Sarawak yang dilegitimasikan kepada MA63 dalam PRU-14 menepati konteks sejarahnya yang dikaitkan dengan situasi masa kini. Perbincangan ini menggunakan kerangka sejarah perundangan yang merujuk kepada MA63 dan kaitannya dengan isu-isu yang dibangkitkan dalam manifesto dan kenyataan politik dalam PRU14. Berdasarkan kerangka ini, didapati bahawa MA63 yang dieksploitasi dalam PRU-14 hanya merupakan retorik politik. Hal ini demikian kerana kefahaman terhadap MA63 telah diaplikasikan secara anachronistic akibat daripada kompleksiti dalam menghubungkaitkan dokumen dan peristiwa sejarah kepada konteks masa kini. AbstractThe autonomous rights of the states of Sabah and Sarawak certainly became the main political issue that had long been voiced by the politicians of those states in all general and state elections. These autonomous rights are generally interpreted as the impression that those states possess higher status than other states in Peninsular Malaysia as stipulated in the Federal Constitution and Malaysia Agreement of 1963 (MA63). This issue was used for highlighting grievances in relations to the situation in those states that are still left behind in developmental aspect compared to the states in the peninsula. It is further claimed that the large proportion of the sources and revenues of those states are not enjoyed by them. In fact, this view is also utilized as the claim of violation on MA63 as it can be found in the manifesto and political statements during the 14th General Election (GE-14). Accordingly, the Pakatan Harapan (Hope Alliance) proclaimed to restore the status of Sabah and Sarawak in accordance with MA63. Parti Warisan Sabah then also proclaimed that they claim the right from the federal government as stipulated in the constitution and MA63. Thus, this article aims to discuss the extent to which the questions of the rights of Sabah and Sarawak which are legitimized by MA63 conform to the historical context associated with the current situation. This discussion is based on legal history framework with reference to MA63 and its relevance to the issues highlighted in the manifesto and political statements during the GE-14. Based on this framework, it can be identified that MA63 which had been exploited in GE-14 was merely political rhetoric. This is because the understanding of MA63 had been applied in an anachronistic manner due to the complexity in relating the historical document an event to the contemporary context.

Cite

CITATION STYLE

APA

Tang Abdullah, A. R., & Haji Mulia, P. A. (2018). ISU PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63) DAN HAK AUTONOMI SABAH DAN SARAWAK DALAM KONTEKS SEJARAH DAN PRU-14. Jurnal Kinabalu, 291. https://doi.org/10.51200/ejk.vi.1653

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free