Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19

  • Subet M
  • Ali R
  • Johan S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
10Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Beberapa akronim baharu telah wujud sejak dunia dilanda pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan mengesan dan mengetengahkan beberapa akronim baharu dalam bentuk singkatan yang muncul daripada penularan COVID-19. Kajian berbentuk kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan kerangka pengkategorian akronim Nik Safiah Karim et.al (2013). Data diperoleh melalui mesej pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sebanyak 200 kongsian SMS mulai 30 April 2020 hingga 26 Mei 2021 kepada pengguna talian telco telah dikenal pasti dan dianalisis. Kaedah pemerhatian informasi di laman sesawang serta borang soal selidik berstruktur dirangka untuk melengkapkan dapatan kajian. Sebanyak 152 orang responden telah terlibat dan dapatan kajian mendapati bahawa terdapat akronim popular yang berkaitan dengan COVID-19 telah berakar kukuh dalam ujaran bahasa seharian masyarakat Malaysia. Penemuan ini membuktikan bahawa kewujudan akronim baharu ini telah memperkaya dan menambah akronim sedia ada dalam bahasa Melayu.

Cite

CITATION STYLE

APA

Subet, M. F., Ali, R., Johan, S., Daud, M. Z., Hassan, S., & Abang Suhai, D. S. (2021). Kefahaman Masyarakat Terhadap Kewujudan Akronim Baharu Semasa COVID-19. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12(Special), 81–90. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol12.edisikhas.8.2021

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free