PSIKOLOGI POLITIK: KONSEP UMUM DAN PENEROKAAN TERHADAP TOLERANSI SERTA KEHARMONIAN ETNIK DI SABAH, MALAYSIA

  • Bullare @ Bahari M
  • Hussin R
  • Johnes J
N/ACitations
Citations of this article
19Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Psikologi politik merupakan satu bidang akademik yang agak baharu, yang mana menggunakan gabungan pendekatan daripada bidang psikologi sosial dan sains politik. Tujuan utama bidang psikologi politik adalah untuk memahami bagaimana pemikiran dan tingkah laku individu mempengaruhi situasi politik. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah kajian kepustakaan untuk memperoleh maklumat berkenaan konsep psikologi politik secara lebih mendalam dengan merujuk sumber-sumber literatur melalui penelitan artikel dalam jurnal, buku dan laman web rasmi pihak-pihak yang berkaitan dengan konsep psikologi politik. Di samping itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk menghuraikan secara ringkas bidang psikologi politik yang merangkumi pengenalan terhadap bidang ini, personaliti di dalam psikologi politik, dan kognisi dan identiti sosial di dalam psikologi politik. Kajian ini turut membincangkan topik mengenai toleransi dan keharmonian etnik di Sabah berserta cadangan haluan penyelidikan yang boleh dijalankan berdasarkan sudut psikologi politik. Kajian ini tidak bertujuan untuk menjadi panduan dan rujukan yang komprehensif mengenai bidang psikologi politik lantaran pengkhususan bidang ini yang agak luas. Kajian ini boleh memberi pemahaman umum terhadap psikologi politik, serta menyediakan landasan kajian toleransi dan keharmonian etnik di negeri Sabah, Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

Bullare @ Bahari, M. I., Hussin, R., & Johnes, J. (2022). PSIKOLOGI POLITIK: KONSEP UMUM DAN PENEROKAAN TERHADAP TOLERANSI SERTA KEHARMONIAN ETNIK DI SABAH, MALAYSIA. E-Bangi Journal of Social Science and Humanities, 19(6). https://doi.org/10.17576/ebangi.2022.1906.12

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free