Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah

  • Ishak N
  • Khalid F
N/ACitations
Citations of this article
271Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran berasaskan teknologi dilihat mampu memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid di peringkat sekolah menengah. Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan video YouTube bagi meningkatkan minat dan pencapaian murid dalam pembelajaran Geografi Fizikal di sekolah menengah. Kajian ini dilaksanakan di sebuah sekolah menengah sekitar daerah Kulim Kedah. Rekabentuk kajian ini menggunakan kaedah kuasi eksperimen yang terdiri daripada dua kumpulan dan menggunakan pendekatan kuantitatif dalam proses pengumpulan data dan penganalisisan data kajian. Populasi kajian adalah seramai 160 murid pelajar tingkatan 3 dan sampel kajian ini adalah persampelan bertujuan berdasarkan ciri yang di tetapkan yang terdiri daripada 64 orang murid-murid Tingkatan 3 yang dibahagikan kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik dan set ujian pencapaian untuk mengukur tahap pencapaian dan minat murid terhadap penggunaan video YouTube dalam pembelajaran Geografi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian markah yang ketara bagi kumpulan rawatan kerana sangat minat murid terhadap penggunaan video YouTube dalam Geografi fizikal berbanding dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan penggunaan bahan pengajaran seperti video YouTube dapat meningkatkan pencapaian dan ramai pelajar yang berminat untuk belajar Geografi atau mata pelajaran lain yang lebih berpotensi. Kesimpulannya kajian ini dapat memberi kesan positif kepada murid dan guru dalam mengaplikasikan penggunaan video YouTube dalam kelas.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ishak, N. S., & Khalid, F. B. (2021). Penggunaan video YouTube bagi Meningkatkan Minat dan Pencapaian murid dalam Pembelajaran Geografi Fizikal di Sekolah Menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 228–240. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i3.708

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free