Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Minangkabau (Morphosyntax of Negeri Sembilan and Minangkabau Dialects)

  • Jaafar M
  • Aman I
  • Mat Awal N
N/ACitations
Citations of this article
28Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

ABSTRAK Terdapat kajian yang memperlihatkan persamaan di antara dialek Negeri Sembilan dengan dialek Minangkabau, misalnya sistem fonologi dan kata sapaan. Bagaimanapun, makalah ini adalah percubaan untuk membandingkan morfosintaksis kedua-dua dialek tersebut. Kajian ini mengandaikan bahawa hampir tiada kajian tentang morfosintaksis dilakukan untuk kedua-dua dialek berkenaan. Matlamat makalah ini adalah untuk membandingkan kategori gramatikal dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau. Dalam kajian ini, aspek gramatikal terdiri dari morfologi dan sintaksis. Aspek morfologi tertumpu pada pengimbuhan dan kata penentu. Dan, aspek sintaksis tertumpu pada kata milik, kata ganti nama dan kata bantu. Kajian ini dijalankan di Bukit Tinggi dan Paya Kumbuh di Indonesia; dan daerah Rembau dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan. Sampel kajian berdasarkan rakaman interviu yang dilakukan di kawasan kajian. Sampel perbualan terdiri dari 15 informan, yang mewakili kedua-dua dialek kajian. Data telah ditranskripsi oleh pembantu penyelidik, yang merupakan penutur natif kedua-dua dialek. Data kajian juga telah diuji untuk mendapatkan keaslian dan pengesahan, khususnya ejaan dan struktur. Penemuan utama kajian mendapati bahawa penggunaan awalan kata nama (perosak -parusak, kesudahannya -kasudahannyo, sesudah -sasudah), kata kerja (terjatuh – tajatuh, bersatu-basatu/bertigo-batigo, menyapu -manyapu), apitan (meN-,,,-kan, misalnya mambarasiahan membersihkan), dan kata milik (punya, misalnya 'Den punyo kodai' – 'Ambo punyo'/ 'Punyo ambo)) dalam dialek Negeri Sembilan berbeza daripada dialek Minangkabau. Namun begitu, persamaan kedua-dua dialek ditemui pada penggunaan kata ganti nama (den, awak) dan kata bantu aspek (sudah/bona, hendak, mau). Sebagai rumusannya, kajian ini mendapati bahawa dialek Negeri Sembilan dan dialek Minangkabau berbeza dari segi bunyi dan leksikal, tetapi tidak berbeza dari aspek sistem tatabahasa. Kajian ini menyumbang pemahaman dalam kategori gramatikal tentang dua dialek yang mempunyai persamaan dari segi bahasa dan budaya. ABSTRACT There are several studies that show the similarities between Negeri Sembilan and Minangkabau dialects, such as the phonological system and greetings. However, this paper attempts to compare the morphosyntax of both dialects. It is the assumption of this study that there is almost no comparative study on the morphosyntax that has been conducted on the dialects of Negeri Sembilan and Minangkabau. Therefore, it is the aim of this study to examine the grammatical categories of the Negeri Sembilan and Minangkabau dialects. In this study, the grammatical category consists of the morphological and the syntactical aspects. The morphological aspects focused on are affixation and determiner while for syntax the aspects focused on are possessive, pronouns and auxiliary. The research was conducted in Bukit Tinggi and Paya Kumbuh in Indonesia; and in the districts of Rembau and Kuala Pilah in Negeri Sembilan. The research samples are based on recordings of interviews conducted in the abovementioned areas. The recordings consist of conversations with 15 informants, representing both dialects studied. Data were transcribed by research assistants who are native speakers of both dialects. The data were also tested for their authenticity and validity, in terms of spelling and structure. The major findings are the use of prefix on nouns (perosak -parusak, kesudahannya -kasudahannyo, sesudah -sasudah), verbs (terjatuh – tajatuh, bersatu-basatu/bertigo-batigo, menyapu -manyapu); circumfix (meN-,,,-kan, such as mambarasiahan membersihkan), and possessive (punya, such as 'Den punyo kodai' – 'Ambo punyo'/ 'Punyo ambo) in Negeri Sembilan dialect are different from Minangkabau dialect. On the other hand, similarities were found in the use of pronouns (den, awak), auxiliary of verbs (sudah/bona, hendak, mau). As a conclusion, this study found that the Negeri Sembilan and Minangkabau dialect differ in terms of sound and lexical, but has similar grammatical system. This study contributes towards the understanding of grammatical categories of the two dialects that share similarities in terms of language and culture.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jaafar, M. F., Aman, I., & Mat Awal, N. (2017). Dialek Negeri Sembilan dan Dialek Minangkabau (Morphosyntax of Negeri Sembilan and Minangkabau Dialects). GEMA Online® Journal of Language Studies, 17(2), 177–191. https://doi.org/10.17576/gema-2017-1702-11

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free