Perlaksanaan Kbat Dengan Penggunaan Kaedah Jadual Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tahun Empat

  • Varatharaju S
  • Setambah M
N/ACitations
Citations of this article
20Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengikuti perlaksanaan KBAT dalam penyelesaian masalah dalam kalangan murid Tahun 4 di sebuah sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Karak, Pahang dengan kaedah persampelan mudah iaitu 5 orang murid dan 2 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soalan-soalan penyelesaian masalah matematik tahun empat yang mengandungi 5 soalan KBAT. Kemudian pengumpulan data dikumpul melalui temubual semi struktur, pemerhatian. Dapatan menunjukan bahawa masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengikuti perlaksanaan KBAT dalam penyelesaian masalah adalah kurang minat menggunakan teknik jadual, tidak memahami soalan untuk membina jadual, komunikasi murid, pengajaran guru. Melalui responden guru, menggunakan teknik jadual merangsang fikiran aras tinggi jika mengajar dengan langkah-langkah dalam menimplementasikan KBAT juga menjad dapatan dalam kajian ini. Dapatan ini amat penting dalam merangka cadangan untuk melaksanakan kemahiran penyelesaian masalah matematik berayat berdasarkan KBAT secara berleluasa oleh murid-murid dengan menggunakan jadual pada masa hadapan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Varatharaju, S., & Setambah, M. A. B. (2023). Perlaksanaan Kbat Dengan Penggunaan Kaedah Jadual Dalam Penyelesaian Masalah Matematik Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matemaitk Malaysia, 13(1), 22–30. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.1.3.2023

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free