Abstract
Penulis cuba membincangkan dan memperkenalkan sebuah kitab jawi iaitu Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi 'Uqubah Ahli al-Kabair, yang dikarang oleh Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi ditulis sekitar kurun ke 19 Masihi. Kitab ini dianggap penting dan telah digunakan secara meluas sebagai bahan pembelajaran samada di masjid-masjid dan di sekolah-sekolah pondak. Kandungannya terdapat banyak hadith-hadith yang berbentuk galakan melakukan kebaikan dan amaran daripada kejahatan. Ia mengandungi 12 bab dimulakan dengan bab ancaman sesiapa yang meninggalkan sembahyang dan diakhiri dengan bab sifat syurga dan ahlinya. Berdasarkan kajian didapati kitab ini mempunyai kebaikan dan kekurangannya, hadith-hadith di dalamnya terdapat berbagai status ada sahih, hasan, dhaif dan maudu'. Kajian ini berbentuk kajian perpustakaan. Penulis membataskan kajian terhadap hadith yang berstatus maudu’ di dalamnya, jumlah keseluruhan hadith dalam kitab ini adalah 87 hadith dan hasil kajian mendapati sejumlah hadith maudu’telah ditemui iaitu sebanyak 32 hadith maudhu’. Abstract: The author discusses and introduces a jawi book, Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fiqub al-Kabair, written by Muhammad Ali bin Abdul Rasyid bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi in the 19 AD. This book is considered important and has been widely used as a learning material in mosques and traditional schools. It contains many hadiths in the form of encouragement to do good and warn of evil doings. It has 12 chapters beginning with the chapter of the threat of those who abandon the Prayer and end with the chapters of heaven and its members. This study is a library study. This study found that this book has its advantages and disadvantages. The hadiths are categorised into authentic, hasan, dhaif and maudu'. The author limits the study to hadith maudu'. Out of 87 hadith, it is found that the number of hadith maudu' is 32 hadith.
Cite
CITATION STYLE
Mohd Amin, M. F., Goje, K., Mohd. Sobali, A., & Muhammad, N. A. F. (2018). Penilaian Hadith Maudhu’ Dalam Kitab al-Yawaqit wa al-Jawahir fi ’Uqubah Ahli al-Kabair , karangan Muhammad Ali Bin Abdul Rasyid Bin Abdullah al-Jawi al-Qadhi al-Sambawi. Sains Insani, 3(3), 52–59. https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol3no3.72
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.