Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengamalan teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab, mengenal pasti tahap penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran bahasa Arab, mengenal pasti tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab dan akhir sekali mengenal pasti perbezaan pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab antara kumpulan yang menggunakan ABM dengan yang tidak menggunakan ABM. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan semasa dengan menggunakan dua set soal selidik untuk pelajar dan satu set ujian kemahiran mendengar bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengamalan teknik pengajaran berada pada tahap rendah; tahap penggunaan ABM juga berada pada rendah; tahap pencapaian kemahiran mendengar bahasa Arab berada pada tahap sederhana; dan terdapat perbezan yang signifikan antara kumpulan pelajar yang didedahkan dengan ABM dengan kumpulan pelajar yang tidak didedahkan dengan ABM. Kata kunci: Kemahiran mendengar bahasa Arab; teknik pengajaran kemahiran mendengar bahasa Arab; alat bantu mengajar The aims of this study are to identify the practice of Arabic listening teaching technique in teaching Arabic, to identify the use of the teaching aids in teaching Arabic, to identify the level of Arabic listening skills, and lastly to identify the differences of Arabic listening skills between students who were exposed and students who were not exposed to the teaching aids. This study used the cross sectional research design and employed two sets of questionnaires for students and one set of Arabic listening test. The results showed that the practice of Arabic listening teaching technique in teaching Arabic was at the low level; the use of teaching aids in teaching Arabic was also at the low level; the Arabic listening skills was however at the moderate level; and there was a significant difference in Arabic listening achievement between students who were exposed and students who were not exposed to the teaching aids. Key words: Arabic language listening skills; teaching of Arabic language listening skills; teaching aids material
CITATION STYLE
Nik Yusoff, N. M. R., & Ab. Ghani, K. (2012). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kemahiran Mendengar Bahasa Arab. Jurnal Teknologi. https://doi.org/10.11113/jt.v49.215
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.