Abstract
AbstrakKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan pengguna dalam pembangunan e-Kamus Wazifiy, satu alat pembelajaran Bahasa Arab yang inovatif. Pendekatan bercampur (mixed-method) digunakan, menggabungkan analisis data kuantitatif melalui soal selidik dan data kualitatif melalui temu bual mendalam. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi (ujian t dan ANOVA), manakala data kualitatif dianalisis secara tematik menggunakan pendekatan induktif. Hasil kajian menunjukkan perbezaan signifikan dalam persepsi pengguna berdasarkan faktor demografi seperti jantina, tahun persekolahan, dan lokaliti. Dapatan kuantitatif menunjukkan murid perempuan dan murid Tahun 6 lebih menghargai ciri interaktif dalam e-Kamus, sementara guru di kawasan luar bandar menghadapi cabaran infrastruktur yang ketara. Dapatan kualitatif pula memperlihatkan keperluan kandungan interaktif, mesra pengguna, dan kontekstual yang relevan dengan budaya serta sukatan pelajaran. Responden turut mencadangkan integrasi teknologi moden seperti Augmented Reality (AR) untuk meningkatkan motivasi dan keberkesanan pembelajaran. Kajian ini mencadangkan pembangunan e-Kamus Wazifiy yang inklusif, praktikal, dan inovatif, dengan elemen yang menyokong pembelajaran kolaboratif serta dapat memenuhi keperluan pengguna pelbagai latar belakang. Hasil kajian ini diharap menjadi asas kepada strategi pembangunan dan pelaksanaan e-Kamus yang lebih efektif bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia. AbstractThis study aims to identify user needs in the development of e-Kamus Wazifiy, an innovative Arabic language learning tool. A mixed-method approach was employed, integrating quantitative data analysis through surveys and qualitative data analysis via in-depth interviews. Quantitative data were analyzed using descriptive and inferential statistics (t-tests and ANOVA), while qualitative data were thematically analyzed using an inductive approach. The findings indicate significant differences in user perceptions based on demographic factors such as gender, school year, and locality. Quantitative results reveal that female students and Year 6 students highly appreciate the interactive features of the e-dictionary, while teachers in rural areas face significant infrastructure challenges. Qualitative findings highlight the need for interactive, user-friendly, and contextually relevant content aligned with cultural and curriculum requirements. Respondents also suggested integrating modern technologies such as Augmented Reality (AR) to enhance motivation and learning effectiveness. This study proposes the development of an inclusive, practical, and innovative e-Kamus Wazifiy, incorporating elements that support collaborative learning and cater to users from diverse backgrounds. The findings are expected to serve as a foundation for more effective strategies in the development and implementation of e-dictionaries to improve Arabic language proficiency among students in Malaysia.
Cite
CITATION STYLE
Ismail, M. R., Ghazali, A. R., & Ab Latif, K. A. (2025). Integrasi teknologi dalam pembangunan e-kamus wazifiy: analisis keperluan dan implikasi. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 9(1), 126–140. https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v9i1.276
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.