Abstract
Memahami konteks ayat memainkan peranan penting dalam terjemahan bagi mengenal pasti maksud sebenar teks. Kefahaman terhadap konteks ayat dari sudut kontekstual dalam terjemahan hadith perlu dikuasai dengan sempurna agar tidak berlaku kesilapan ketika hadith tersebut diterjemahkan. Hal ini kerana hadith merupakan sumber kedua tertinggi dalam hierarki pengambilan hukum sebarang kesilapan yang berlaku boleh menjejaskan amalan yang dilaksanakan. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana aspek kontekstual terjemahan kata nama zat (KNZ) diberikan penekanan dalam terjemahan. Kajian ini dijalankan melalui penganalisaan terhadap dua buah karya terjemahan cetakan Pustaka Nasional Singapore 2014 dan Percetakan Jahabersa 2009 menggunakan teori terjemahan semantik komunikatif. Sejumlah 5 sampel dari hadith-hadith yang mengandungi kata nama zat dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian ini mendapati aspek makna kontekstual dalam terjemahan dengan mengambil kira situasi tertentu dipratikkan dalam sejumlah sampel dan masih lagi perlu diperbaiki. Sekaligus memberikan gambaran bahawa mesej sebenar yang ingin disampaikan oleh Nabi SAW perlu diteliti terlebih dahulu secara kontekstual sebelum aspek-aspek makna lain diambil kira.
Cite
CITATION STYLE
Abdullah, H. (2022). Makna Kontekstual dalam Terjemahan: Analisis Kata Nama Zat dalam Hadith dari Kitab al-Halal wa al-Haram fi al-Islam. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 4(2), 80–95. https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i2.120
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.