Hubungan antara Tahap Kesediaan dan Motivasi Pelajar Sarjana Pendidikan Semasa Pembelajaran Atas Talian

  • Roslan Z
  • Surat S
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Sesi pembelajaran atas talian telah dikuatkuasakan secara menyeluruh apabila wabak COVID-19 tular dalam kalangan masyarakat dan menyebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Namun, masih lagi terdapat pelajar yang kurang mahir dengan teknologi maklumat yang tersedia kini tetapi mereka perlu segera memahirkan diri dan belajar dalam masa yang singkat supaya tidak mengganggu aktiviti pembelajaran. Oleh itu, kesediaan pelajar mempunyai peranan yang sangat penting dalam memastikan manfaat kecanggihan teknologi dan keberkesanan perlaksanaan pembelajaran atas talian boleh diterima oleh pelajar secara optimum untuk meningkatkan tahap motivasi mereka. Disebabkan tahap kesediaan dan motivasi adalah berkaitan antara satu sama lain, kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara tahap kesediaan dan tahap motivasi serta pengalaman pembelajaran atas talian pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kaedah persampelan rawak berkelompok telah digunakan untuk mendapatkan seramai 164 orang responden kajian sebelum pautan soal selidik diedarkan melalui e-mel. Hasil analisis data mendapati bahawa tahap kesediaan dan motivasi pelajar Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berada pada tahap yang tinggi dan tahap kesediaan pelajar juga mempunyai hubungan yang kuat dan positif dengan tahap motivasi serta pengalaman pembelajaran atas talian pelajar-pelajar. Pengkaji menyarankan penglibatan sampel kajian yang lebih besar seperti pelajar-pelajar di universiti-universiti awam Malaysia supaya data yang bakal diperoleh boleh digeneralisasikan dengan lebih meluas dan boleh mempengaruhi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai oleh semua Institusi Pengajian Tinggi pada masa hadapan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Roslan, Z., & Surat, S. (2022). Hubungan antara Tahap Kesediaan dan Motivasi Pelajar Sarjana Pendidikan Semasa Pembelajaran Atas Talian. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(8), e001652. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i8.1652

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free