Abstract
Hasil penternakan udang sangat bergantung kepada kualiti dan keadaan air seperti nilai pH dan suhu air khususya untuk menggalakkan proses pembiakan dan tumbesaran udang. Kualiti dan keadaan air adalah berubah-rubah mengikut keadaan persekitaran. Antara cabaran besar yang dihadapai oleh kebanyakan penternak undang adalah untuk memastikan nilai pH dan suhu air di dalam kolam ternakan adalah sentiasa terkawal. Sebagai contoh, suhu air yang sesuai bagi ternakan udang harimau ialah antara 25 hingga 30 darjah Celsius manakala nilai pH air yang sesuai pula ialah antara 6.5-8.3 (Begham, 2019). Akuarium Ternakan Udang Pintar merupakan satu inovasi kolam ternakan udang yang direkabentuk dan dilengkapi dengan pengesan pH Meter dan pengesan suhu Air yang digunakan untuk mengukur nilai pH dan suhu air dan menggunakan aplikasi IoT untuk memantau nilai pH dan suhu air pada setiap masa dan dari jarak yang jauh. Akuarium Ternakan Udang Pintar ini direkabentuk dengan menggunakan peranti ESP 32 yang merupakan sejenis mikro pengawal yang dihubungkan dengan Wi-Fi untuk menjalankan fungsi IoT. Data masukan daripada pengesan pH dan pengesan suhu akan dihantar ke mikro pengawal (Microcontroller) untuk diproses. Kemudian, data yang sudah diproses akan dihantar kepada keluaran (Output). Keluaran yang digunakan dalam projek ini adalah paparan LCD OLED, LED, buzzer dan applikasi IoT (Blink dan BOLT).
Cite
CITATION STYLE
Raja Yunus, R. N. A., Jamian, M., Nik Ramli, N. I., & Elias, M. R. (2020). Rekabentuk akuarium ternakan Udang pintar menggunakan aplikasi IoT bagi memantau kualiti air. ANP Journal of Social Sciences and Humanities, 1(1), 19–25. https://doi.org/10.53797/anpjssh.v1i1.4.2020
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.