Kelestarian Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Guru Bahasa Arab di Era Pendidikan Digital

  • Zakaria N
  • Norul’Azmi N
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Motivasi pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merujuk kepada dorongan dalaman diri atau dorongan dari luaran atau persekitaran yang mendorong seseorang untuk belajar secara berterusan bagi meningkatkan pengetahuan, keterampilan dan kefahaman dalam sesuatu perkara. Seseorang yang memiliki motivasi PSH sentiasa mencari peluang untuk belajar sama ada melalui pembacaan, mengikuti kursus, menghadiri seminar dan sebagainya. Motivasi PSH perlu bagi seseorang guru agar mereka dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara professional, efektif, konsisten dan relevan sepanjang perkhidmatan. Namun, tidak dinafikan terdapat beberapa faktor penghalang seperti cabaran pendidikan era digital (PED) yang menyebabkan tahap motivasi PSH tidak konsisten dalam kalangan guru. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenal pasti tahap konsistensi motivasi PSH dalam kalangan guru Bahasa Arab (GBA) bagi menghadapi cabaran PED terhadap kompetensi pengajaran mereka. Untuk tujuan ini, seramai 423 GBA sekolah rendah agama di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terlibat dalam kajian ini sebagai responden. Kajian ini dilaksanakan melalui pendekatan kuantitatif secara kaedah tinjauan dan menggunakan instrument soal selidik untuk tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Pakej Statistik untuk Sains Sosial (SPSS) versi 24.0. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap konsistensi motivasi PSH dalam kalangan GBA adalah tinggi, iaitu (M = 4.38, SD = 0.653). Implikasi kajian ini dapat dimanfaatkan oleh GBA, pihak sekolah serta organisasi dalam merancang program-program pembelajaran, kursus dan latihan bagi menjadikan GBA lebih bermotivasi seterusnya dapat menjalankan tugas pengajaran dengan lebih kompeten. GBA disaran untuk mengekalkan konsistensi motivasi, fleksibel, berfikiran terbuka terhadap perubahan dan terus meningkatkan keterampilan literasi digital dalam menghadapi PED.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zakaria, N. S., & Norul’Azmi, N. A. (2024). Kelestarian Motivasi Pembelajaran Sepanjang Hayat Guru Bahasa Arab di Era Pendidikan Digital. ATTARBAWIY: Malaysian Online Journal of Education, 8(1). https://doi.org/10.53840/attarbawiy.v8i1.172

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free