Pembangunan Spiritual dalam Pelaksanaan Program Tarbiah di Asrama Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang

  • Mat Jusoh M
  • Mohd Sharif M
N/ACitations
Citations of this article
33Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini meneliti aspek pembangunan spiritual dalam pelaksanaan program tarbiah di asrama Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang yang terdiri daripada SMKA al-Mashoor (L), SMKA al-Mashoor (P), SMKA al- Irsyad dan SMKA Nibong Tebal. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauhmana elemen-elemen pembangunan spiritual diterapkan dalam pelaksanaan program tarbiah, menilai penglibatan guru asrama sebagai murabbī serta melihat keberkesanan program tarbiah dalam pembangunan spiritual pelajar. Kajian ini berbentuk penerokaan dwi-cara di mana data-data kualitatif dikumpul melalui kaedah pemerhatian dan temubual secara separa tertutup, sementara data kuantitatif diperolehi melalui soal selidik. Secara keseluruhan, dapatan kajian kualitatif menunjukkan bahawa elemen pembangunan spiritual iaitu mujāhadah al-nafs dan al-ihsān dalam penunaian ibadat fardu dan sunat hanya mampu dihayati oleh sebilangan kecil responden sahaja. Secara tidak langsung, dapatan ini menunjukkan penglibatan guru asrama sebagai murabbī dalam pembangunan spiritual pelajar berada di tahap yang sangat sederhana. Oleh itu, dapatan kajian kuantitatif telah mengesahkan bahawa penglibatan guru asrama sebagai murabbī dan manhaj pembangunan spiritual dalam program tarbiah berada di tahap min sederhana tinggi (min=3.78 dan 3.18). Begitu juga, analisis statistik inferensi berdasarkan ujian ANOVA sehala menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = 0. 42, p>0.05) di antara tempoh masa responden tinggal di asrama dalam menjelaskan keberkesanan program tarbiah terhadap pembangunan spiritual pelajar di asrama. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa pembangunan spiritual dalam pelaksanaan program tarbiah di asrama SMKA Pulau Pinang memerlukan organisasi murabbī yang mantap bagi merealisasikan objektif pembangunan spiritual dalam pembentukan sahsiah pelajar di SMKA.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mat Jusoh, M. S., & Mohd Sharif, M. F. (2018). Pembangunan Spiritual dalam Pelaksanaan Program Tarbiah di Asrama Sekolah-Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Pulau Pinang. Jurnal Akidah & Pemikiran Islam, 20(2), 127–158. https://doi.org/10.22452/afkar.vol20no2.4

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free