Kajian Analisis Keperluan: Pembangunan Modul Pembelajaran Literasi Tenaga Pengintegrasian STEM Sekolah Rendah

  • Jusup Y
  • Sharif S
N/ACitations
Citations of this article
149Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan topik tenaga dan elektrik murid sekolah rendah di daerah Kota Kinabalu yang membawa kepada perlunya pembangunan modul literasi tenaga pengintegrasian STEM. Kajian ini dilaksanakan secara kualitatif dan kuantitatif. Kajian kualitatif yang menggunakan persampelan bertujuan melibatkan tiga orang guru dan empat orang murid menggunakan kaedah temu bual separa struktur manakala kajian kuantitatif melibatkan 100 orang murid responden menggunakan borang soal selidik keperluan murid. Hasil kajian kualitatif diperolehi berdasarkan kepada ciri keperluan yang dinyatakan oleh Morrison et. al iaitu i) keperluan sedia ada murid dan guru, dan ii) keperluan perasaan murid dan guru. Keperluan sedia ada murid dan guru dilihat melalui topik yang sukar diajar dan dipelajari, pengalaman pembelajaran murid, amalan pengajaran guru dan masalah yang dihadapi guru semasa mengajar topik tersebut. Keperluan perasaan iaitu keperluan untuk memperbaiki prestasi diri pula dilihat melalui keperluan yang diharapkan oleh murid semasa topik ini diajar dan keperluan guru dalam pengajaran topik ini. Kajian kuantitatif mempunyai 13 item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor peratus terdiri daripada lima kriteria iaitu tahap pengetahuan tenaga, amalan penggunaan tenaga, sikap terhadap tenaga, pengalaman pembelajaran dan keperluan strategi pembelajaran yang diharapkan. Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan peratus yang tinggi terhadap keperluan pembangunan modul untuk topik pembelajaran Tenaga dan Elektrik. Kesimpulannya, isu dan jurang permasalahan yang wujud membawa kepada perlunya pembangunan modul literasi tenaga dalam kalangan murid sekolah rendah di daerah ini agar literasi tenaga yang merangkumi aspek pengetahuan, sikap dan tingkah laku murid terhadap tenaga dapat ditingkatkan.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jusup, Y., & Sharif, S. (2021). Kajian Analisis Keperluan: Pembangunan Modul Pembelajaran Literasi Tenaga Pengintegrasian STEM Sekolah Rendah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 325–338. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i8.934

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free