IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DAN PUSAT MEDIA SERANTAU DI MALAYSIA

  • Ahmad Raji A
  • Sulaiman A
  • Zulhamize Y
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
16Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Era pandemik COVID-19 telah memaksa landskap media dan industri kreatif mengalami perubahan dan proses adaptasi secara langsung. Kajian ini menganalisa sejauh mana implikasi pandemik COVID-19 terhadap struktur media dan industri kreatif dari beberapa perspektif kritikal iaitu digitalisasi dan teknologi 5G, medium media baru sebagai sumber maklumat, perkembangan tenaga kreatif, penghasilan kandungan kreatif, dominasi media asing, kemampuan media tempatan sebagai sumber rujukan serantau, serta capaian media tempatan terhadap audiens global. Keseluruhan kajian ini digarap dengan data sekunder daripada dokumen agensi dan kerajaan, laporan berautoriti, surat khabar, serta data primer daripada perbincangan bersama ahli pakar akademik.  Hasil kajian mendapati pandemik COVID-19 mengesani media dan industri kreatif secara langsung terutama dalam aspek digitalisasi akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengekang operasi media secara fizikal. Kajian mendapati berlaku peningkatan penggunaan internet secara mendadak dan peningkatan pengaruh media baharu dan media sosial dalam masyarakat. Situasi ini memberikan landskap baharu kepada industri media dan kreatif apabila masyarakat secara umum mampu bersaing secara langsung dengan pemain industri dalam mencorak karya kreatif dan mendapatkan sumber maklumat secara langsung dan terkini, tanpa pengantara media massa.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ahmad Raji, A. R., Sulaiman, A. S., Zulhamize, Y., & Mohd Farique, M. A. (2022). IMPAK PANDEMIK COVID-19 TERHADAP PEMBANGUNAN INDUSTRI KREATIF DAN PUSAT MEDIA SERANTAU DI MALAYSIA. International Journal of Interdisciplinary and Strategic Studies, 3(5), 316–333. https://doi.org/10.47548/ijistra.2022.60

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free