Abstract
Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap perspektif terhadap pembelajaran sejarah dengan aplikasi Google Classroom dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam kalangan murid. Seramai 114 orang murid tingkatan empat yang ditentukan berdasarkan teknik persampelan rawak mudah merupakan sampel kajian ini. Instrumen kajian ini merupakan soal selidik. Data kajian ini dianalisis secara statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai melalui perisian IBM SPSS. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap perspektif terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pembelajaran sejarah dengan aplikasi Google Classroom berada pada tahap sederhana dalam kalangan murid. Implikasi kajian ini telah memaparkan maklumat kepada guru-guru sejarah untuk mengintegrasikan aplikasi Google Classroom dengan berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.
Cite
CITATION STYLE
Kaviza, M. (2020). Aplikasi Google Classroom dalam Pembelajaran Sejarah: Dari Perspektif Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 5(7), 130–135. https://doi.org/10.47405/mjssh.v5i7.656
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.