Abstract
The use of social media has become an integral part of daily life in modern technology, especially for the younger generation. Social media is not only a tool for communication but can also provide entertainment and information. However, there are concerns about the impact of social media use on an individual's emotional health, particularly for students who are often exposed to social and academic pressures. The purpose of this study is to examine the effects of social media use by the Muslim students at Universiti Is-lam Selangor on their emotional well-being. A survey was conducted on 120 students us-ing a quantitative approach. Questions regarding the frequency of social media use, the types of platforms used, and the emotional effects experienced after using social media were included in this survey. The collected data were analyzed using inferential and descriptive statistics to determine whether there is a relationship between social media use and an individual's emotional state. The results of the study showed that there is a moderate relationship between social media use and emotional well-being. It was found that excessive use of social media negatively affects students' emotions, in-cluding increasing anxiety and stress. By providing a platform for meaningful inter-action and social support, well-managed use can enhance emotional health. This study highlights the importance of wise and balanced use of social media to preserve the emo-tional well-being of university students. Recommendations for further research may involve various methods such as interviews and longitudinal studies to gain a deeper understanding of the long-term impacts of social media use on emotional well-being. ABSTRAK Penggunaan media sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian masyarakat dalam era teknologi moden, terutamanya bagi generasi muda. Media sosial bukan sahaja alat untuk berkomunikasi, tetapi juga boleh menyediakan hiburan dan maklumat. Namun begitu, terdapat kebimbangan mengenai kesan penggunaan media sosial terhadap kesihatan emosi seseorang, terutamanya bagi pelajar yang sering terdedah kepada tekanan sosial dan akademik. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kesan penggunaan media sosial dalam kalangan mahasiswa Muslim di Universiti Islam Selangor terhadap kesejahteraan emosi mereka. Soal selidik telah dijalankan ke atas 120 mahasiswa dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Soalan mengenai kekerapan penggunaan media sosial, jenis platform yang digunakan, dan kesan emosional yang dirasai selepas menggunakan media sosial dimasukkan ke dalam soal selidik ini. Data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan inferensi dan statistik deskriptif untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan antara penggunaan media sosial dan keadaan emosi seseorang. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sederhana antara penggunaan media sosial dan kesejahteraan emosi. Didapati bahawa penggunaan media sosial yang berlebihan memberi kesan buruk kepada emosi pelajar, termasuk meningkatkan kebimbangan dan tekanan. Dengan menyediakan platform untuk interaksi yang bermakna dan sokongan sosial, penggunaan yang dikawal dengan baik boleh meningkatkan kesihatan emosi. Kajian ini menekankan kepentingan penggunaan media sosial yang bijak dan seimbang untuk memelihara kesejahteraan emosi mahasiswa. Cadangan untuk kajian lanjut boleh melibatkan pelbagai kaedah seperti temu bual dan kajian longitudinal untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang impak jangka panjang penggunaan media sosial terhadap kesejahteraan emosi.
Cite
CITATION STYLE
Omar, F. I. (2024). Penggunaan Media Sosial dan Impaknya Terhadap Kesejahteraan Emosi Mahasiswa Muslim: Kajian di Universiti Islam Selangor. Al-i’lam - Journal of Contemporary Islamic Communication and Media, 4(1). https://doi.org/10.33102/jcicom.vol4no1.107
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.