Abstract
Pengambilan makanan yang sihat perlu dipupuk bermula dari rumah pada peringkat awal kanak-kanak supaya menjadi satu amalan sepanjang hayat. Kajian ini merupakan kajian rintis bagi fasa analisis keperluan berdasarkan Model ADDIE yang digunakan sebagai rujukan model reka bentuk dalam pembangunan modul untuk mengenal pasti keperluan guru prasekolah terhadap pembangunan modul pengajaran dalam membimbing murid prasekolah berkaitan pemakanan seimbang. Data diperoleh melalui kaedah analisis deskriptif yang digunakan untuk menganalisis data kajian yang telah dikumpulkan. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) telah digunakan untuk mengira purata dan sisihan piawai bagi setiap item soalan yang terdapat dalam borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang guru prasekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Instrumen kajian pula terdiri daripada borang soal selidik yang telah diedarkan melalui kaedah Borang Google. Dapatan kajian rintis analisis keperluan ini menunjukkan bahawa kebolehpercayaan item soal selidik berada pada tahap Tinggi dan Sangat Tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa item-item soalan dapat difahami dan ditafsirkan oleh guru prasekolah daripada aspek kejelasan bahasa dan bentuk soalan. Guru prasekolah positif dan bersetuju dengan keperluan pembangunan modul dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkaitan pemakanan seimbang yang memberi kesan terhadap kefahaman dan sikap penerimaan murid prasekolah bagi aspek pemakanan seimbang. Kemahiran guru dalam mengajar murid prasekolah tentang kepentingan pemakanan seimbang juga perlu diberi perhatian. Maka, kajian ini turut mencadangkan agar kajian yang bertemakan pendidikan pemakanan seimbang turut dilaksanakan di prasekolah swasta bagi menghasilkan kajian yang lebih menyeluruh.
Cite
CITATION STYLE
Wan Risad, W. N. A., Abdul Rani, I. F., & Mohd Nor, N. D. (2023). Kajian Rintis Analisis Keperluan terhadap Pembangunan Modul Pengajaran Pemakanan Seimbang terhadap Kefahaman dan Sikap Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(2), 100–113. https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.2.9.2023
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.