Abstract
Tahun 2020 menyaksikan hampir semua sekolah dan universiti di seluruh dunia terpaksa ditutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Akibatnya hampir 91 peratus atau sekurang-kurangnya 1.6 billion murid di seluruh dunia tidak dapat mengikuti pembelajaran seperti biasa. Senario yang berlaku ini juga memberi implikasi yang merunsingkan kepada murid yang mempelajari subjek Jawi di sekolah-sekolah agama (SRA). Melalui tinjauan awal pengkaji menerusi temubual yang dijalankan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) yang mengajar subjek ini mendapati bahawa sebahagian murid tidak dapat mengenal huruf-huruf hijaiyah dengan baik. Ada sebahagiannya pula masih tidak mampu menulis huruf Alif, Ba, dan sebagainya dengan betul. Di samping itu, terdapat murid yang tidak boleh mengeja jawi dengan betul walaupun sudah berada di darjah 4 dan seterusnyanya ada sebahagian guru menyatakan bahawa terdapat murid yang akan mengambil Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) berada pada tahap yang sangat lemah dari aspek penguasaaan tulisan jawi. Kajian ini merupakan kajian rintis yang dilaksanakan menerusi sesi temubual terhadap dua orang guru subjek Jawi, SRA, JAIS yang mengajar subjek JAWI di dua buah sekolah yang berbeza. Data dianalisis menggunakan pendekatan tematik analisis. Dapatan kajian mendapati bahawa guru yang menggunakan beberapa pendekatan intervensi yang bertujuan untuk membantu murid yang tercicir ini dapat menguasai semula tulisan jawi setelah mereka tercicir dan terkesan dalam pembelajaran secara atas talian semasa pandemik COVID-19.
Cite
CITATION STYLE
Rashed, Dr. Z. N., Sani, K., Sabilan, Dr. S., Hamzah, H., & Hashim, M. (2023). Pendekatan Intervensi Murid Tercicir Bagi Subjek Jawi di Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor: Kajian Rintis. E-Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi, 10(2), 37–49. https://doi.org/10.53840/ejpi.v10i2.137
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.