PENGARUH TIKTOK TERHADAP MAHASISWA MALAYSIA DALAM PILIHANRAYA UMUM-15 (PRU 15)

  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
11Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini membincangkan hubungan antara politik dan media sosial, khususnya TikTok, memfokuskan kepada generasi muda Malaysia. Walaupun banyak penyelidikan telah dijalankan mengenai penyebaran maklumat politik melalui platform seperti Facebook dan Twitter, terdapat jurang mengenai peranan TikTok. Matlamatnya adalah untuk merapatkan jurang ini dan menyumbang kepada literatur sedia ada dengan meneroka pengaruh TikTok terhadap pengundi muda semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 2022. Kajian ini mengkaji penggunaan TikTok berkaitan penyampaian maklumat politik seperti mesej dari penyokong, manifesto dari parti politik. Selain itu, kajian ini menekankan kepada kesedaran dan penyertaan politik di kalangan pelajar universiti. Metodologi kajian ini melibatkan tinjauan dalam talian yang diedarkan melalui borang google (google form) kepada pengundi muda dari UNITAR dan UiTM JOHOR. Pengumpulan data mengambil masa empat minggu, dengan analisis dilakukan menggunakan SPSS ver. 28. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, memfokuskan kepada analisis deskriptif. Penemuan menunjukkan bahawa pengundi muda terlibat dalam politik dan penggunaan TikTok ke dalam kempen politik memberi kesan positif kepada keputusan mereka. Kata Kunci : TikTok, PRU-15, pengundi muda, media sosial, politik dan Malaysia.

Cite

CITATION STYLE

APA

RAMLI, F., AZAMI, N., & AB RAHIM, R. (2023). PENGARUH TIKTOK TERHADAP MAHASISWA MALAYSIA DALAM PILIHANRAYA UMUM-15 (PRU 15). Borneo Akademika, 7(2), 59–69. https://doi.org/10.24191/ba/v7i2/89627

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free