Abstract
Kajian ini membangunkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan dengan penerapan pemikiran komputasi (PPK) bagi tajuk pecahan untuk murid tahun 4 dan tahun 5. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk penyelidikan pembangunan dan kaedah eksperimen digunakan dalam pembangunan dan penilaian modul PPK. Modul PPK yang dibangunkan adalah daripada gabungan teori Piaget (1971), teori pembelajaran Ausubel (1967) Vygotsky (1978) dan Bruner (1966). Kajian menggunakan model Plomp (1997) yang melibatkan tiga fasa utama, iaitu kajian awal, pembangunan dan penilaian. Kaedah persampelan rawak pelbagai peringkat digunakan untuk memilih 80 murid dari Sekolah A dan 100 murid dari Sekolah B yang melibatkan 180 orang murid. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa modul PPK yang dibina memenuhi syarat kesahan dan kebolehpercayaan berdasarkan penilaian oleh tiga orang pakar dalam bidang Matematik daripada UPSI. Modul PPK berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid jika dibandingkan dengan kaedah pembelajaran konvensional. Ini adalah kerana pencapaian murid tahun 4 bagi kumpulan rawatan (Min=24.07, SP=5.658) lebih tinggi daripada kumpulan kawalan (Min=14.87, SP=5.268). Begitu juga untuk murid Tahun 5, pencapaian murid kumpulan rawatan (Min=24.36, SP=4.735) lebih tinggi daripada kumpulan kawalan (Min=15.38, SP=4.682). Maka modul PPK yang dibina berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid.
Cite
CITATION STYLE
Angamuthu, K. D., & Mohamed, Z. B. (2024). Penerapan Pemikiran Komputasi dalam Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(6), e002821. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i6.2821
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.