Abstract
Kajian ini merupakan kajian awal untuk melihat pemerolehan bahasa kanak-kanak dari segi semantik. Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk menghuraikan makna kata dan menganalisis pembinaan konsep makna kata yang diujarkan oleh kanak-kanak berdasarkan pemahaman mereka apabila melihat visual dua dimensi (2D) dan tiga dimensi (3D). Subjek kajian ialah dua orang kanak-kanak berumur lima tahun. Pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menganalisis data yang diperoleh melalui kaedah kepustakaan dan kajian lapangan yang melibatkan teknik pemerhatian, teknik rakaman dan teknik temubual. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan hipotesis fitur semantik dan kajian ini juga diperkukuhkan dengan bantuan pendekatan Teori Kognitif iaitu teori yang menerangkan bahawa pembelajaran sebagai perubahan dalam pengetahuan yang disimpan di dalam memori. Hasil kajian menunjukkan gambar bervisual (2D) dan (3D) mampu membantu kanak-kanak memberikan makna terhadap sesuatu kata. Kajian ini mendapati subjek kajian lebih mudah membina kata konkrit iaitu kata-kata yang boleh dirujuk dan yang berisi makna. Kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang kepentingan salah satu unsur multimedia iaitu lakaran 2D dan 3D terhadap penguasaan bahasa kanak-kanak.
Cite
CITATION STYLE
Mat Saad, Z., & Syeik Said, N. (2015). Konsep Makna Kata dalam Kalangan Kanak-kanak Berdasarkan Lakaran Visual 2D dan 3D Terpilih. International Journal of Language Education and Applied Linguistics. https://doi.org/10.15282/ijleal.v2.464
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.