Analisis Faktor Penerokaan bagi Pembinaan Item untuk Mengukur Kesan Pengajaran Guru dan Peranan SISC+

  • Mat Talha N
  • Ishak Z
  • Mohd Nor N
N/ACitations
Citations of this article
13Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen tinjauan yang sah dan boleh dipercayai untuk mengukur pengajaran berkesan menti (guru) dengan menganalisis peranan mentor (Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah) melalui Exploratory Factor Analysis (EFA). Kajian ini mengadaptasi tiga puluh tiga item peranan Pembimbing Pakar Peningkatan Sekolah sebagai mentor kepada guru yang dibimbing. Item tersebut telah diubah suai dengan sewajarnya bersesuaian dengan amalan pementoran dalam kalangan guru di Malaysia. Kajian ini telah dilakukan kepada 50 orang guru menti sebagai responden. Kesahan kandungan disahkan oleh pakar. Melalui analisis EFA, empat komponen kualiti mentor telah dikenal pasti iaitu atribut peribadi, pengetahuan pedagogi, model peranan dan keperluan sistem. Kajian ini menunjukkan kebolehpercayaan dalaman untuk empat komponen yang telah dikaji telah dicapai. Pembangunan instrumen ini akan membantu dalam meningkatkan pengetahuan pihak berkepentingan untuk mengambil kira kepentingan peranan mentor dalam membantu menti meningkatkan kualiti pengajaran.

Cite

CITATION STYLE

APA

Mat Talha, N. A., Ishak, Z., & Mohd Nor, N. (2023). Analisis Faktor Penerokaan bagi Pembinaan Item untuk Mengukur Kesan Pengajaran Guru dan Peranan SISC+. Asian Pendidikan, (3), 17–22. https://doi.org/10.53797/aspen.v3i1.2.2023

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free