Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Trigonometri Bagi Pelajar Tingkatan 5 dengan Menggunakan Lembaran Kerja

  • Jonim S
  • Karim A
N/ACitations
Citations of this article
21Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam matematik bagi pelajar sekolah menengah masih berada di tahap yang rendah. Tujuan kajian ini adalah untuk membina dan melaksanakan lembaran kerja KBAT trigonometri bagi meningkatkan kemahiran KBAT dalam penyelesaian masalah trigonometri pelajar tingkatan 5 di kawasan pedalaman. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian rekabentuk dan pembangunan (DDR), manakala instrumen kajian yang digunakan adalah penilaian kendiri, ujian dan ujian lapangan. Seramai 15 orang pelajar yang berkebolehan tinggi, sederhana dan rendah terlibat dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam kemahiran KBAT dan penyelesaikan masalah trigonometri dalam kalangan pelajar setelah lembaran kerja KBAT trigonometri dilaksanakan. Dapatan kajian juga menunjukkan lembaran kerja KBAT trigonometri membantu pelajar mencari penyelesaian dalam soalan KBAT trigonometri dan melatih minda pelajar untuk berfikir dalam gambaran yang lebih besar. Kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi teori pembelajaran kognitif dan pendekatan pembelajaran penyelesaian masalah yang digunakan dalam pembangunan bahan pengajaran kajian ini boleh membantu meningkatkan keupayaan KBAT pelajar merentas subjek matematik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Jonim, S. Q., & Karim, A. A. (2023). Meningkatkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Trigonometri Bagi Pelajar Tingkatan 5 dengan Menggunakan Lembaran Kerja. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(5), e002320. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i5.2320

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free