Unsur Alam Dalam Peribahasa Iban (Jaku’ Sempama): Satu Analisis Semantik Inkiusitif(Elements of Nature in Iban Proverbs (Jaku’ Sempama): An Inqusitive Semantics Analysis)

  • ANAK JEFFREY R
  • SUBET M
N/ACitations
Citations of this article
8Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Penggunaan peribahasa dalam masyarakat Iban menggambarkan bahawa masyarakat ini juga turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan teguran, nasihat atau sindiran kepada orang lain. Unsur-unsur yang digunakan dalam peribahasa juga mencerminkan dan memaparkan budaya yang terdapat pada masyarakat ini dengan mengaplikasikan pengalaman dan pengamatan mereka terhadap alam sekeliling. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur alam dalam jaku’ sempama Iban menggunakan analisis semantik Inkuisitif. Kajian ini berpandukan dua objektif iaitu menyenaraikan dan mengenal pasti peribahasa Iban (jaku’ sempama) yang mengandungi unsur alam dalam penciptaannya dan menganalisis akal budi dan falsafah masyarakat Iban dalam penciptaan peribahasa Iban (jaku’ sempama) dengan menggunakan semantik Inkuisitif. Unsur alam tersebut akan dibahagikan kepada 4 domain iaitu haiwan, tumbuhan, sumber atau tenaga, dan alam semesta. Kajian ini ialah kajian kualitatif. Data korpus diperoleh dan 2 informan ditemu bual. Analisis dalam kajian ini turut menggunakan pendekatan semantik inkuisitif bagi menjelaskan makna, kognitif dan memasukkan falsafah serta akal budi masyarakat Iban berkenaan peribahasa yang dipilih. Kajian ini juga memasukkan ilmu daripada bidang lain dalam mencungkil persoalan penggunaan unsur alam dalam peribahasa Iban. Hasil kajian mendapati terdapatnya falsafah di sebalik penciptaan sesuatu peribahasa masyarakat Iban yang dapat dikaitkan dengan budaya masyarakat yang mendukung peribahasa tersebut.Kata kunci: Akal budi, falsafah, jaku’ sempama, masyarakat Iban, semantik inkuisitif,

Cite

CITATION STYLE

APA

ANAK JEFFREY, R. D., & SUBET, M. F. (2018). Unsur Alam Dalam Peribahasa Iban (Jaku’ Sempama): Satu Analisis Semantik Inkiusitif(Elements of Nature in Iban Proverbs (Jaku’ Sempama): An Inqusitive Semantics Analysis). Trends in Undergraduate Research, 1(1), f10-15. https://doi.org/10.33736/tur.1169.2018

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free