Analisis Teori Relevans: Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi

  • Zakaria N
  • Jamian A
  • Mohamad A
N/ACitations
Citations of this article
9Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perwatakan, nilai, dan pengajaran dalam teks novel tingkatan 2 iaitu Jalan ke Puncak karya Juri Durabi (2015). Perwatakan, nilai, dan pengajaran merupakan elemen dalam aspek seni bahasa yang terkandung dalam standard pembelajaran Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Bahasa Melayu tingkatan 2. Kajian ini berbentuk kualitatif iaitu analisis dokumen. Teori Relevans (TR) oleh Sperber dan Wilson (1986) digunakan untuk menganalisis perwatakan, nilai dan pengajaran bagi watak Laiman. TR melalui analisis eksplikatur memaparkan maklumat tersurat manakala melalui analisis implikatur memaparkan maklumat secara tersirat. Dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan perwatakan dan nilai yang positif (amanah, bertanggungjawab, kesabaran, setia kawan, ketaatan, ketabahan, kegigihan, baik hati dan bantu membantu); watak utama novel iaitu Laiman. Kesimpulannya, elemen perwatakan, nilai, dan pengajaran dapat memberikan pelbagai kesan positif dan kesedaran kepada murid dalam realiti kehidupan. Implikasinya, pengajaran yang diperoleh dapat memotivasikan murid dalam menjalani kehidupan yang penuh pancaroba. Kajian ini boleh dijadikan rujukan guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan KOMSAS (aspek seni bahasa) bagi teks novel serta mampu mencungkil kemahiran berfikir murid.

Cite

CITATION STYLE

APA

Zakaria, N., Jamian, A. R., & Mohamad, A. (2023). Analisis Teori Relevans: Perwatakan, Nilai dan Pengajaran dalam Novel Jalan Ke Puncak Karya Juri Durabi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 8(4), e002258. https://doi.org/10.47405/mjssh.v8i4.2258

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free