Abstract
Artikel ini membincangkan berkenaan keperluan mendidik masyarakat berkaitan kepentingan memahami strategi manipulasi naratif dan modus operandi yang dilakukan oleh kumpulan atau individu ekstremis. Kajian ini dilaksanakan dengan metodologi kualitatif dengan temu bual separa struktur. Ia merangkumi pelbagai latar belakang peserta kajian. Ia termasuklah pempengaruh dan tokoh agama, pakar bidang bahasa, pakar bidang tasawuf, pakar kendalian rehabilitasi ekstremisme, wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), pencipta kandungan digital media sosial, produser media digital, menteri terdahulu di Jabatan Hal Ehwal Agama dan wakil organisasi bukan kerajaan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan kaedah analisa tematik. Dapatan kajian yang diperolehi melibatkan pandangan peserta kajian dari pelbagai latar belakang sosial yang menyumbang kepada kepentingan untuk memahami strategi dan manipulasi naratif serta modus operandi kumpulan dan individu ekstremis. Tiga dapatan utama adalah berkaitan salah faham dan manipulasi naratif jihad oleh kumpulan atau individu ekstremis, keperluan memahami strategi manipulasi naratif kepada masyarakat serta pendedahan kepada modus operandi ekstremis.
Cite
CITATION STYLE
Kamaruzzaman, K. B., Mohd Mokhtar, R. A., Abdul Aziz, A. R., Ali Al-Tahitah, A. N., & Bani Melhem, I. I. A. (2024). Memahami Strategi Manipulasi Naratif dan Modus Operandi Ekstremis: Keperluan Mendidik Masyarakat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9(2), e002723. https://doi.org/10.47405/mjssh.v9i2.2723
Register to see more suggestions
Mendeley helps you to discover research relevant for your work.