MOTIVASI EKSTRINSIK: ANALISIS TERHADAP CABARAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA PENGAJIAN QIRAAT USIM

  • Hussin H
  • Ahmad A
  • Saleh M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
27Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Peralihan pendidikan abad 21 menyaksikan cabaran yang getir buat golongan hafiz. Dalam konteks ini, kepimpinan dan pengurusan tahfiz perlulah berusaha ke arah mewujudkan suatu sistem pengurusan pendidikan yang efisien dalam menghasilkan golongan huffaz yang cemerlang. Amat membimbangkan apabila hasil daripada temuduga pelajar yang ingin menyambung ke peringkat pengajian tinggi mendapati terdapat lebih daripada 70% pelajar di Malaysia yang telah bergelar al-Hafiz dan al-Hafizah didapati tidak dapat mengekalkan hafazan walaupun semua pelajar tersebut telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan untuk menerokai motivasi ekstrinsik serta menganalisis cabaran dalam mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan mahasiswa bagi program sarjana muda qiraat di USIM (SMQ USIM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan mengedarkan borang soal-selidik. Seramai 41 orang mahasiswa yang terlibat sebagai peserta kajian. Kajian berkaitan motivasi ekstrinsik isu dan cabaran cabaran mengekalkan hafazan al-Quran dalam kalangan pelajar tersebut dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 23.0 bagi memperolehi skor peratusan dan min. Hasil kajian mendapati bahawa motivasi ekstrinsik dalam kalangan pelajar sarjana pengajian qiraat USIM adalah berada ditahap sederhana tinggi (min=3.94). Kajian ini memberi implikasi yang sangat penting kepada pihak USIM secara khususnya dan Intitusi pengajian tahfiz di Malaysia secara umumnya agar memberi penekanan dalam aspek ulangan bermula daripada peringkat mula menghafal al-Quran sehingga semua pelajar serta mereka yang telah bergelar al-hafiz dan al-hafizah dapat menjaga hafazan al-Quran sehingga ke akhir hayat.

Cite

CITATION STYLE

APA

Hussin, H., Ahmad, A. R., Saleh, M. H., Yahaya, M., Zakaria, R., & Mohd Haridi, N. H. (2023). MOTIVASI EKSTRINSIK: ANALISIS TERHADAP CABARAN MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURAN DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA MUDA PENGAJIAN QIRAAT USIM. QIRAAT: Jurnal Al-Quran Dan Isu-Isu Kontemporari, 6(2), 73–83. https://doi.org/10.53840/qiraat.v6i2.72

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free