Pembangunan Digital Solat Ketika Sakit: Sorotan Literatur Sistematik di Malaysia

  • Othman W
  • Tengku Zawawi T
  • Bakar M
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
22Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Pembelajaran dan pengajaran solat memasuki dimensi baru apabila kepesatan pembangunan teknologi maklumat dimanfaatkan sepenuhnya. Kajian mengenai solat juga dilihat semakin luas apabila skop kajian mengenai perlaksanaan solat ketika sakit mendapat tempat dalam kalangan pengkaji tempatan yang berkolaborasi antara satu bidang dengan bidang yang lain. Kajian ini bertujuan untuk melihat objektif, reka bentuk dan kandungan aplikasi digital dalam kajian-kajian yang pernah dijalankan bagi menyesuaikan kajian pembangunan pendidikan kesihatan digital solat pesakit. Bagi mencapai objektif kajian ini, satu tinjauan literatur sitematik dijalankan. Sebanyak 422 artikel, tulisan dan kajian yang telah ditemui yang membincangkan mengenai perlaksanaan modul solat. Saringan dan analisis dijalankan bagi melihat kriteria yang diperlukan dalam kajian pembentukan aplikasi digital solat pesakit yang dijalankan. Hasil tinjauan literatur sistematik mendapati sebanyak enam kajian secara khusus pernah dijalankan dalam membangunkan aplikasi digital solat dalam keadaan sakit melalui modul solat yang direka bersesuaian dengan situasi sasaran objektif kajian masing-masing.

Cite

CITATION STYLE

APA

Othman, W. M. A. Q., Tengku Zawawi, T. Z., Bakar, M., Rasudin, N. S., & Yaacob, N. A. (2021). Pembangunan Digital Solat Ketika Sakit: Sorotan Literatur Sistematik di Malaysia. Al Hikmah International Journal of Islamic Studies and Human Sciences, 4(4), 1–21. https://doi.org/10.46722/hkmh.4.4.21a

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free