Pengetahuan Neurolinguistik Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Daerah Betong, Sarawak

  • Md Salleh A
  • Surat S
  • Amat S
N/ACitations
Citations of this article
17Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pengetahuan Neurolinguistik dalam kalangan guru-guru sekolah rendah di daerah Betong, Sarawak. Neurolinguistik merupakan gabungan dua bidang iaitu neurologi dan linguistik. Neurolinguistik adalah suatu bidang kajian dalam ilmu linguistik yang membincangkan struktur otak yang dimiliki seseorang untuk memproses bahasa, termasuk di dalamnya gangguan yang terjadi dalam mengungkapkan bahasa. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengkaji tahap pengetahuan guru-guru sekolah rendah dalam bidang Neurolinguistik. Seramai 105 orang guru yang mengajar di sekolah rendah di daerah Betong telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan melalui borang soal selidik. Analisis deskriptif menggunakan kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru sekolah rendah di daerah Betong mempunyai tahap pengetahuan yang rendah terhadap bidang Neurolinguistik.

Cite

CITATION STYLE

APA

Md Salleh, A. H., Surat, S., & Amat, S. (2022). Pengetahuan Neurolinguistik Dalam Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah di Daerah Betong, Sarawak. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(4), e001397. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i4.1397

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free