Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah

  • Ali M
  • Hussin R
  • Md. Yasir S
  • et al.
N/ACitations
Citations of this article
7Readers
Mendeley users who have this article in their library.

Abstract

Estet mini rumpai laut telah menjadi salah satu projek teras Kerajaan Malaysia di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Projek ini diwujudkan untuk memanfaatkan sumber rumpai laut yang terdapat di perairan Semporna, Sabah. Rumpai laut merupakan sumber pendapatan komuniti nelayan dan produk eksport Malaysia. Pada masa kini, banyak agensi kerajaan, pihak syarikat dan komuniti tempatan mula berlumba-lumba menjadi penggerak projek pengkulturan rumpai laut dengan menggunakan sistem estet mini. Selepas dua tahun projek ini dijalankan, pencapaiannya sungguh membanggakan. Hal ini demikian kerana pada tahun 2013, sudah ada 11 syarikat dan empat kumpulan komuniti tempatan dilantik untuk menjalankan projek permulaan. Kajian ini dilakukan bertujuan menilai kesan projek pembangunan, iaitu sejauh mana projek estet mini telah memberi hasil pulangan kepada syarikat, komuniti dan negara. Namun, selepas dua tahun projek ini dilaksanakan iaitu sejak tahun 2011, didapati pencapaian projek adalah kurang efektif. Hal ini disebabkan prestasi perbelanjaan yang rendah pada tahun 2009 dan 2011 menyebabkan projek ini lambat berkembang. Persoalan ini akan dikupas dalam kertas kerja ini yang telah menggunakan kaedah kutipan data secara tinjauan dan temu bual yang dilakukan di Pulau Selakan dan Kampung Look Butun, Semporna pada bulan Januari hingga Mac 2013.

Cite

CITATION STYLE

APA

Ali, M., Hussin, R., Md. Yasir, S., & Abdul Rahman, A. T. (2016). Projek Estet Mini Rumpai Laut Dan Penglibatan Komuniti Nelayan Di Daerah Semporna, Sabah. Journal of Borneo Social Transformation Studies, 1(1). https://doi.org/10.51200/jobsts.v1i1.145

Register to see more suggestions

Mendeley helps you to discover research relevant for your work.

Already have an account?

Save time finding and organizing research with Mendeley

Sign up for free